☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Jun 2026

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech di Litar Automotodrom Brno. Kejayaan itu menamatkan penantian hampir sedekad Malaysia untuk kembali berdiri di podium tertinggi MotoGP sejak kemenangan terakhir yang dicatatkan oleh Khairul Idham Pawi di Sachsenring pada tahun 2016.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang apabila memecahkan rekod terpantas sepanjang zaman Litar Brno sebanyak dua kali. Hakim mencatat masa 2:04.938s dalam sesi latihan bebas pertama sebelum memperbaharui rekod tersebut kepada 2:04.754s pada sesi latihan berikutnya.

Bagaimanapun, cabaran besar menantinya apabila dikenakan penalti 12 petak grid selepas sesi kelayakan di mana menyebabkan beliau terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-14. Walaupun berdepan situasi sukar, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak patah semangat dan memulakan misi  untuk bangkit sebaik perlumbaan bermula.

Hakim mempamerkan tunggangan matang dan agresif dengan pantas menembusi kelompok hadapan sebelum berada dalam kedudukan lima terbaik seawal pusingan keempat. Beliau kemudian terus bersaing sengit dengan beberapa pencabar utama termasuk Veda Pratama, David Almansa dan Brian Uriarte untuk merebut kedudukan podium.

Perlumbaan mencapai kemuncaknya pada pusingan terakhir apabila pertarungan antara Máximo Quiles dan Uriarte membuka ruang di hadapan. Hakim mengambil kesempatan itu dengan melakukan pecutan tepat pada masanya untuk memintas kedua-dua pelumba berkenaan sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara.

Kejayaan di Brno membolehkannya mengutip 25 mata  dan melonjak ke tangga ketujuh keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan mengupul sebanyak 73 mata. Kemenangan tersebut juga melengkapkan podium kedua musim ini selepas tempat ketiga di Mugello selain mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga carta Rookie of the Year Moto3 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.