☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Jun 2026

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Ini betul-betul...bukan lagi khabar angin! Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez. Acosta disifatkan antara pelumba muda yang mempunyai bakat luar biasa dan bersedia untuk mencabar para pelumba yang jauh lebih berpengalaman.

Pedro Acosta.
Pedro Acosta.

Acosta meraih takhta kejuaraan dalam Moto3 dan Moto2 hanya dalam masa tiga sejak sejak dia mula-mula melangkah masuk dalam Kejuaraan Dunia. Pelumba yang sinonim dengan nombor #37 juga berjaya membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai Rookie of the Year pada tahun 2024 dengan mengakhiri cabaran musim tersebut di tangga keempat keseluruhan.

Pada masa yang sama, Marc Marquez turut mengesahkan terus kekal bersama pasukan Ducati Lenovo untuk dua musim lagi iaitu pada tahun 2027 dan 2028.

"Merah adalah warna saya dan saya cukup gembira dengan persetujuan ini. Ketika menyertai pasukan Ducati, saya diyakinkan bahawa pasukan ini cukup kompetit. Mereka percaya dengan kemampuan saya dan hubungan kami sepasukan adalah dari kepercayaan serta kerja keras", komen Marc Marquez.

Marc Marquez.
Marc Marquez.
Pedro Acosta.
Pedro Acosta.

Tidak dinafikan, Acosta juga antara pesaing utama kelompok hadapan sebaik sahaja dia 'diangkat' ke dalam saingan prima dan Marc Marquez juga merupakan pencabarnya di setiap pusingan. Mulai tahun hadapan, kedua-dua pencabar ini bakal mengenakan warna yang sama, berkongsi garaj yang sama. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.