☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Julai 2026

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, sekali lagi membuktikan kemampuannya di pentas dunia apabila bangkit daripada petak ke-16 untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda di Litar TT Assen di kedudukan ketujuh, selepas dinaikkan daripada tempat ke-10 susulan beberapa pelumba di hadapan dikenakan penalti.

Aksi cemerlang Hakim Danish bermula seawal perlumbaan apabila beliau melonjak ke tangga kelapan pada pusingan kedua sebelum terus memperbaiki kedudukan sehingga berada di tempat kedua pada pusingan ketujuh. Pelumba negara itu kemudian bersaing sengit bersama kelompok pendahulu dengan beberapa kali bertukar kedudukan bersama pelumba Sepanyol, David Almansa dan Maximo Quiles.

Hakim Danish turut kembali menghuni tangga kedua pada pusingan ke-11 dan kekal dalam perebutan podium sehingga lima pusingan terakhir. Namun, masalah cengkaman tayar belakang menjejaskan rentaknya, sekali gus menyukarkan usaha untuk mempertahankan kedudukan apabila dipintas beberapa pencabar lain.

Menurut Hakim Danish, beliau terpaksa mengambil pendekatan lebih berhati-hati pada penghujung perlumbaan bagi mengelakkan risiko terjatuh yang boleh menyebabkan kehilangan mata penting dalam saingan kejuaraan dunia.

Keputusan di Assen membolehkan Hakim Danish mengumpul 82 mata keseluruhan dan melonjak ke tangga keenam dalam kedudukan keseluruhan Moto3. Beliau kini berkongsi jumlah mata yang sama dengan Veda Pratama.

Dalam saingan Rookie of the Year pula, Hakim Danish terus mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan 82 mata, juga berkongsi mata dengan Pratama dan hanya 20 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol iaitu Brian Uriarte.

Perlumbaan GP Belanda dimenangi Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team, diikuti David Almansa di tempat kedua, manakala Marco Morelli melengkapkan kedudukan podium di tangga ketiga.

Selepas ini, Hakim Danish akan mengalihkan tumpuan kepada Grand Prix Jerman yang dijadual berlangsung pada 12 Julai nanti.

Popular

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Zontes dijangka memperluaskan rangkaian skuter berkuasa tinggi di pasaran Malaysia menerusi pengenalan model baharu Zontes 552S.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.