Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2018

Persaingan Penuh Dramatik

Walaupun empat pusingan baru berlalu, persaingan kelas prima ini ternyata semakin sengit dan semakin mendebarkan. Selepas Qatar, Argentina, Amerika dan Jerez, kita telah melihat empat pelumba mendapat posisi pole dan tiga orang pelumba telah berjaya menaiki takhta tertinggi iaitu Andrea Dovizioso, Carl Crutchlow dan sudah pasti juara bertahan, Marc Marquez.

Kepantasan Marquez semakin sukar untuk dicabar.
Kepantasan Marquez semakin sukar untuk dicabar.

Selepas menang litar Amerika, pasukan Repsol Honda ternyata bersedia untuk mengulangi kejayaan mereka dengan persediaan jentera yang cukup teliti. Hasil daripada kerja keras tersebut, dua pelumba mereka iaitu Dani Pedrosa dan Marc Marquez berjaya meletakkan diri di antara lima pelumba terpantas. Pada perlumbaan akhir di Jerez, barisan hadapan diungguli oleh pelumba dari Britain, Crutchlow diikuti oleh Dani Pedrosa dan Johann Zarco. Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo pula berjaya mendapat rentaknya kembali untuk merebut petak keempat.

Lorenzo yang bermula dengan sempurna berjaya memintas tiga pelumba paling hadapan untuk memimpin perlumbaan. Pedrosa, Marquez dan Crutchlow tidak merelakan diri mereka ketinggalan lalu terus mengejar dengan pantas. Crutchlow terbabas ketika cuba mengatasi lawan dan posisinya ketika itu diisi pula oleh Rins yang kemudiannya diekori rapat oleh Zarco, Iannone dan Dovizioso.

Dovizioso mula mengemaskan tunggangan untuk memintas seorang demi seorang. Pada masa yang sama, Marquez sudah berjaya memintas untuk mendahului perlumbaan. Pada lap ke-10, kelompok hadapan terdiri daripada dua pelumba Honda dan dua pelumba Ducati. Persaingan merebut tempat kedua di antara Dovizioso, Lorenzo dan Pedrosa cukup sengit sehinggalah berlakunya perlanggaran di antara mereka bertiga ketika perlumbaan berbaki hanya lapan lap sahaja lagi. Sayang buat pasukan Ducati apabila kedua-dua pelumba mereka terpaksa bersara awal termasuk Dani Pedrosa.

Para pemenang litar Jerez. Dari kiri: Johann Zarco, Marc Marquez dan Andrea Iannone.
Para pemenang litar Jerez. Dari kiri: Johann Zarco, Marc Marquez dan Andrea Iannone.

Kemalangan tersebut memberi peluang buat pelumba di belakang iaitu Zarco dan Iannone yang berjaya menaiki podium di tempat kedua dan ketiga. Marquez mengulangi kejayaannya di Amerika dengan muncul juara di 'laman' sendiri dengan tunggangan yang sempurna.

“Untuk menang di hadapan penyokong hebat ini adalah suatu yang mengagumkan. Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana jujurnya agak sukar untuk menempa kejayaan di sini. Kunci utama kemenangan ini ialah pemilihan tayar belakang dan selepas sesi pemanas, kami memilih untuk gunakan tayar jenis medium. Kami akan terus cuba untuk dapat keputusan yang cemerlang dan perlu terus fokus kerana musim masih panjang,” komen Marquez.

Zarco sekali lagi mempamerkan tunggangan cukup mantap untuk naik ke podium lagi.
Zarco sekali lagi mempamerkan tunggangan cukup mantap untuk naik ke podium lagi.
Selepas persaingan di Jerez, Vinales semakin yakin jenteranya mampu untuk mencabar pelumba di hadapan.
Selepas persaingan di Jerez, Vinales semakin yakin jenteranya mampu untuk mencabar pelumba di hadapan.

Dua jagoan Yamaha iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales menamatkan cabaran kali ini masing-masing di tempat kelima dan ketujuh. Pelumba negara, Hafizh Syahrin yang masih sakit berikutan kemalangan yang dialaminya sewaktu menunggang basikal tetap berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-16. Ternyata semangat juang pelumba negara ini mendapat pujian daripada seluruh pasukan Yamaha Tech3.

“Adakalanya kita memerlukan nasib yang baik untuk menang dan ia berlaku pada hari ini. Walaupun keupayaan jentera cukup bagus pada awalnya, Pedrosa tetap mampu memecut lebih laju berbanding saya. Ia memang sukar tetapi saya terus mengekalkan kedudukan. Ketika melihat perlanggaran ketiga-tiga pelumba di depan, saya bagaikan tidak percaya. Ini benar-benar adalah peluang dan saya perlu tenang membawa pulang 20 mata penting untuk kejuaraan musim ini,” kata Johann Zarco.

Valentino Rossi sentiasa cuba untuk menamatkan perlumbaan di antara lima pelumba terbaik.
Valentino Rossi sentiasa cuba untuk menamatkan perlumbaan di antara lima pelumba terbaik.
Hafizh Syahrin semakin selesa bersama jentera Yamaha M1nya.
Hafizh Syahrin semakin selesa bersama jentera Yamaha M1nya.

Moto2: Lorenzo Baldassarri kini semakin menghampiri pendahulu carta, Fancesco Bagnaia dalam saingan Moto2 selepas menjuarai perlumbaan pusingan empat pada awal Mei lalu. Walaupun kemenangan tersebut tidak sukar untuk diperolehi, semangat kental Baldassarri ternyata wajar diberi pujian. Dia dan Miguel Oliveira berentap cukup hebat dari awal hinggalah pada beberapa lap terakhir yang mempertontonkan Baldassarri berjaya membuat sedikit jarak untuk tiba dua saat lebih pantas.

Gaya mantap pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin (63).

Bagnaia berjaya tamat di tempat ketiga untuk menambah 16 mata lagi kepada 73 mata keseluruhan. Baldassarri kini di tangga kedua dengan 64 mata hanya satu mata di depan Oliveira. Pelumba negara, Khairul Idham Pawi dari Honda Team Asia menamatkan cabarannya kali ini di tempat ke-18 manakala Zulfahmi Khairuddin terpaksa bersara lebih awal kerana terbabas pada lap ke-14.

Selepas empat pusingan beraksi dalam kategori ini, Zulfahmi dari pasukan SIC Racing telah mengumumkan tidak lagi meneruskan saingannya dan keputusan tersebut mendapat sokongan daripada pasukannya. Walaupun Zulfahmi telah menamatkan kontrak bersama pasukan SIC Racing, dia akan terus berkhidmat sebagai mentor dalam program pembangunan para pelumba muda SIC, “Impian ke MotoGP”.

Moto3: Adam menyatakan dia agak kecewa selepas gagal memungut sebarang mata pada perlumbaan di litar Jerez. “Saya tidak dapat untuk menempatkan diri di hadapan. Semakin lama, saya semakin ketinggalan. Menjelang penghujung saingan, beberapa pelumba terbabas dan nampak peluang untuk dapatkan mata tetapi saya tidak begitu kuat. Saya perlu kembali bersemangat pada perlumbaan seterusnya kerana kami agak jauh dari sasaran. Saya perlu bangkit dengan segera,” kata Adam Norrodin penuh semangat.

Corak tunggangan Adam Norrodin kini semakin matang dan meyakinkan.
Corak tunggangan Adam Norrodin kini semakin matang dan meyakinkan.

Dalam kategori ini, pelumba dari Jerman iaitu Philipp Oettl meraih tempat pertama diikuti Marco Bezzecchi di tempat kedua dengan perbezaan masa hanya 0.059 saat. Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba tuan rumah, Marcos Ramirez yang menerima kibaran bendera penamat 3 saat kemudian.

Pusingan kelima akan berlangsung di litar Le Mans, Perancis pada 20 Mei diikuti Mugello pada 3 Jun dan di litar Catalunya pada 17hb Jun nanti. RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

UB150: Voge FR150 Sedia Bertempur Dalam Pus. Kedua ARRC

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Joan Mir melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Warta Roda

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Dua pelajar sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, pada Sabtu.

Model Baru

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

H-D Pan America 1250 ini adalah antara pilihan terbaik buat para penunggang yang inginkan sebuah jentera pengembaraan dengan gabungan prestasi enjin yang cukup mengagumkan.

Model Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

Harley-Davisdon Fat Boy Gray Ghost 2025 dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada legasi Fat Boy yang mendefinisikan jiwa dan era peminat dunia motosikal. Model baru ini mewarisi gaya asli 1990 yang telah mendapat perhatian dunia suatu ketika dulu.