☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2018

Rekod Jonathan Rea Setaraf Dengan Carl Fogarty

Pelumba pasukan Kawasaki Racing WorldSBK, Jonathan Rea muncul juara berganda di Autodromo Internazionale Enzo e Dino Ferrari di Imola seterusnya menyamai rekod pelumba lagenda Carl Fogarty sebagai pemenang terbanyak Motul FIM Superbike World Championship dengan jumlah 59 kemenangan. Pastinya Rea akan terus memberi cabaran untuk mendapatkan lebih banyak kemenangan.

Persaingan hebat antara Davies (7) dan Rea berterusan!

Perlumbaan 1 dimenangi oleh Rea (tengah), Sykes (kiri) dan Melandri.

Pada perlumbaan pusingan kelima tempohari, Rea terlebih dahulu mengungguli Perlumbaan 1 tanpa memberi peluang buat para pelumba lain untuk merapatkan diri. Permulaan yang sempurna adalah kelebihan utama buat Rea yang ketika itu turut diekori oleh rakan sepasukannya Tom Sykes dan Marco Melandri dari pasukan Aruba.it Racing Ducati. Chaz Davies pula diuji dengan pelbagai masalah sehingga agak ketinggalan pada awalnya dan telah menyebabkan dia kerugian masa untuk mengejar

Kawalan jentera yang luar biasa dipertontonkan oleh Rea untuk mengetuai kelompok hadapan dengan tenang. Sedikit demi sedikit, Rea mula menjarakkan diri sehingga sejauh hampir empat saat di depan Sykes. Sykes yang turut menerima tekanan daripada Melandri akhirnya berjaya menaiki podium di tempat kedua dan Melandri ketiga. Kemenangan Rea di litar sangat ditunggutunggu kerana kali terakhir dia menang di Imola ialah pada tahun 2015 yang lalu.

Perlumbaan 2: Ternyata kejayaan awal menyemarakkan semangat Rea untuk mencari kemenangan berganda. Apa pun, perlumbaan kedua dikejutkan dengan Permulaan saingan WSBK yang cukup mendebarkan. Persaingan hebat antara Davies (7) dan Rea berterusan! Perlumbaan 1 dimenangi oleh Rea (tengah), Sykes (kiri) dan Melandri. Prestasi Tom Sykes musim ini ternyata jauh lebih baik. kepantasan seorang lagi pelumba Ducati, Michael Ruben Rinaldi yang mendapat holeshot. Dia kemudiannya diekori dan dipintas oleh Davies pada lap ketiga manakala Rea menduduki di tempat ketiga. Rea dapat mencari kelemahan Rinaldi untuk membuat pintasan tidak lama kemudian dan pertembungan Rea – Davies sekali lagi menghangatkan suasana. Keduaduanya saling berkejaran sehingga meninggalkan para pelumba lain jauh di belakang.

Marco Melandri hampir berjaya meraih podium pada perlumbaan 2 jika berjaya memintas Sykes.
Marco Melandri hampir berjaya meraih podium pada perlumbaan 2 jika berjaya memintas Sykes.

Dalam perebutan tempat pertama itu, kedua-duanya bersentuhan, menyebabkan Rea melebar ke tepi tetapi masih mampu meneruskan perlumbaan. Rea kembali mengejar dan pada lap berikutnya, pelumba Kawasaki itu berjaya membuktikan kemampuannya untuk merebut tempat pertama dan terus melarikan diri. Chaz terpaksa berpuas hati apabila menamatkan perlumbaan tersebut empat saat di belakang Rea. Sykes ternyata gembira di tempat ketiga apabila berjaya menewaskan Xavi Fores di dalam satu persaingan yang juga sengit.

“Saya sangat gembira dan benarbenar selesa dengan jentera ini dalam semua suhu dan keadaan. Saya dapat meraih pelumba terpantas di setiap sesi dan menang di keduadua perlumbaan. Ia adalah minggu yang sempurna. Kami menemui rentak jauh lebih baik di sini berbanding tahun lepas dan saya ingin berterima kasih buat semua,” kata Jonathan Rea.

WorldSSP: Tiada yang lebih membanggakan Jules Cluzel selepas sekali lagi berjaya memerah jentera Yamaha YZF R6 untuk memenangi perlumbaan akhir dengan penuh bergaya. Kemenangan yang diraih tidaklah semudah yang disangka apabila dia telah dipaksa bekerja keras oleh Federico Caricasulo dan Raffaele De Rosa yang turut mempersembahkan tunggangan di tahap tertinggi.

Cluzel (16) dan Mahias (144) masing-masing bermula dengan cemerlang.

Terlebih dahulu, litar Imola agak emosi apabila Kenan Sofuoglu yang berada di petak ketiga membuat keputusan pada saat akhir untuk tidak beraksi dan pusingan ini sememangnya merupakan persaingan terakhirnya dalam WorldSSP. Kenan membuat satu pusingan lap, kembali ke pit dan memberi penghormatan terakhir kepada para penonton yang membanjiri litar tersebut.

Para pemenang perlumbaan WSBK diraikan dengan penuh kemeriahan. Marco Melandri hampir berjaya meraih podium pada perlumbaan 2 jika berjaya memintas Sykes. Caricasulo menamatkan cabarannya di Imola di tempat kedua. Mahias semakin mendekati pendahulu carta keseluruhan dengan perbezaan dua mata. Perlumbaan akhir sememangnya sengit dari awal hingga tamat. Lucas Mahias, Cluzel, Caricasulo, De Rossa dan Cortese masing-masing berentap cukup hebat untuk memimpin perlumbaan. Mahias terbabas dan hilang posisi terbaik. Cluzel membuktikan keupayaan untuk meraih kemenangan sekali lagi dikuti dua pelumba Itali iaitu Caricasulo dan De Rosa masingmasing di tempat kedua dan ketiga.

Mahias semakin mendekati pendahulu carta
Mahias semakin mendekati pendahulu carta

Randy Krummenacher masih di tangga teratas dengan 81 mata tetapi kedudukannya semakin terancam apabila Mahias berjaya menambah mata kepada 79 diikuti Sandro Cortese, 77 mata.

WorldSSP 300: Carta mata keseluruhan telah berubah apabila pelumba wanita dari Sepanyol, Ana Carrasco berjaya mendominasi persaingan akhir dengan cukup bertenaga. Sejak dari awal perlumbaan, Carrasco yang memacu jentera Kawasaki Ninja 400 langsung tidak membuka peluang buat para pelumba lain merapatinya apatah lagi untuk mengacah. Di penghujung lap pertama sahaja, dia telah membuka jarak sejauh dua saat dan kemudiannya semakin pantas untuk melintasi garisan akhir 13 saat di hadapan.

Ana Carrasco, satu-satu pelumba wanita yang mampu mempamerkan gaya tunggangan yang mantap untuk muncul juara.
Ana Carrasco, satu-satu pelumba wanita yang mampu mempamerkan gaya tunggangan yang mantap untuk muncul juara.

Kevin Sabatucci (85) berjaya menewaskan Jahnig (41), Deroue (95) dan para pelumba di kelompok tengah untuk menang di tempat ketiga.

Kelompok di belakang yang merebut tempat kedua lebih sengit dan diakhiri dengan kemenangan tempat kedua berpihak kepada Borja Sanchez juga menunggang Kawasaki Ninja 400 manakala pelumba wildcard, Kevin Sabatucci berjaya di tempat ketiga dengan jentera Yamaha YZF-R3. RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.