Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Ogos 2018

Giliran Afif Tunjuk Belang

Selepas dua bulan 'berehat', perlumbaan tersohor tanahair kini kembali menyemarakkan semangat di kalangan para pencinta motosikal khususnya cub prix dengan penganjuran pusingan kedua yang telah diadakan di litar Maeps, Selangor pada 7hb Julai lalu. Sememangnya persaingan musim ini menjadi pertaruhan ramai pelumba untuk menaikkan nama dan pasukan masing-masing.

Dalam perlumbaan akhir kelas Prima, antara nama-nama jagoan yang disebut-sebut sebagai pencabar hebat musim ini ialah Kasma Daniel, Md Akid Aziz, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif, Azroy Hakeem, Md Fitri Ashraf dan Adib Rosley. Pastinya juara bertahan musim lalu, Kasma Daniel agak terkejut apabila rakan sepasukannya, Md Akid Aziz bukan sahaja berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi Super Pole malah turut mencipta rekod terbaru dengan catatan 47.028 saat untuk merebut petak pertama.

Pertarungan jagoan kelas prima yang cukup sengit.
Pertarungan jagoan kelas prima yang cukup sengit.
Keberanian dan kecekalan Afif tunggak kejayaannya.
Keberanian dan kecekalan Afif tunggak kejayaannya.

Namun begitu, Akid yang berada paling depan 'tersekat' dengan kemaraan Afif, Ramdan, Hafiz dan Kasma yang bermula lebih kemas. Kepantasan kelima-lima pelumba tersebut meratah 10 buah selekoh di litar sepanjang 1.113 kilometer cukup mengujakan serta membuktikan kemahiran tinggi para pelumba kelas prima.

Ramdan dan Kasma mempamerkan semangat juang yang tinggi, mereka berdua saling pintas memintas manakala Afif tenang mengekori dari belakang. Afif kemudiannya berjaya mengemaskan tunggangan untuk memintas Ramdan dan memburu Kasma. Tidak lama kemudian, Akid juga berjaya berada di posisi ketiga di belakang Afif. Kasma yang terkenal dengan kawalan cukup mantap di selekoh akhirnya terpaksa akur dengan prestasi Afif dan Akid yang kali ini lebih cemerlang.

Azroy kini di tangga ketujuh keseluruhan dengan 15 mata.
Azroy kini di tangga ketujuh keseluruhan dengan 15 mata.
Para pemenang CP130. Dari kiri: Akid, Afif dan Kasma bersama piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang CP130. Dari kiri: Akid, Afif dan Kasma bersama piala kemenangan masing-masing.

Selepas meninggalkan Kasma di belakang, kedua-dua pelumba tersebut (Afif dan Akid) mula mengatasi satu sama lain sehinggakan beberapa kali bersentuhan. Masuk ke tiga lap terakhir, perebutan tempat pertama menjadi lebih sengit, masing-masing tidak mahu mengalah. Afif yang berjaya memimpin dan menutup setiap ruang daripada dilolos oleh Akid tetapi masa bagaikan sudah suntuk apabila Akid berjaya keluar dari selekoh akhir bersebelahan dengannya. Walaupun nampak seperti kedua-duanya melintasi garisan penamat pada masa yang sama, Afif berjaya meraih 25 mata penting dengan kelebihan masa hanya 0.026 saat. Akid tetap berpuas hati dengan kejayaannya di tempat kedua manakala hadiah tempat ketiga dimenangi oleh Kasma Daniel. Tahniah untuk semua.

CP115

Ternyata keupayaan pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul masih di tahap terbaik selepas mempamerkan persembahan luar biasa untuk merangkul kejuaraan pusingan kedua ini. Dalam kategori ini, Tengku merupakan antara pelumba senior yang boleh dikatakan sudah cukup matang untuk menangani segala serangan dari pelumba lain.

Tengku Amirul cemerlang sejak di sesi ujian kelayakan.
Tengku Amirul cemerlang sejak di sesi ujian kelayakan.
Para pemenang CP115 bergambar kenangan bersama.
Para pemenang CP115 bergambar kenangan bersama.

Walaupun pada mulanya diberi tentangan hebat oleh para pelumba lain seperti Md Fareez, Md Haziq dan Syukran, kebijaksaan Tengku untuk mendapatkan laluan terbaik memberinya peluang untuk lebih pantas berbanding para pencabarnya. Jaraknya semakin melebar sehinggalah berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan masa 12:22.820 saat.

Md Fareez yang tidak lagi mampu mengejar terpaksa pula menahan kemaraan Md Haziq yang cuba untuk memperbaiki pencapaiannya selepas mendapat tempat ketiga pada pusingan pertama lalu. Usaha dan semangat juang Md Fareez membuahkan hasil apabila dia terlebih dahulu menerima kibaran bendera penamat untuk meraih podium sulungnya musim ini manakala Md Haziq sekali lagi berpuas hati di tempat ketiga.

Kedudukan di garisan penamat bergantung kepada siapa lebih berani dan lebih mantap mengendalikan jenteranya.
Kedudukan di garisan penamat bergantung kepada siapa lebih berani dan lebih mantap mengendalikan jenteranya.

Wira

Tiada lagi kemenangan paling selesa selain apa yang ditunjukkan oleh Md Danial Syahmi dalam persaingan akhir kali ini. Selepas berdiri megah di tangga pertama di litar Tangkak awal April lalu, semangat anak muda dari Perak ini semakin hari semakin membara. Berlumba dengan jentera yang bagus memberinya peluang untuk memimpin perlumbaan dengan tenang sekali. Perlumbaan yang pada awalnya agak sengit dengan pintas memintas akhirnya kurang dramatik apabila masuk ke pertengahan saingan.

Md Danial (tengah), mengungguli perlumbaan akhir Wira dengan bergaya sekali.

Persaingan awal kelas Wira yang mendebarkan.
Persaingan awal kelas Wira yang mendebarkan.

Danial sudah terlalu jauh di depan manakala jarak di antara pelumba di posisi kedua dan ketiga juga jauh. Ketiga-tiga pelumba ini bagaikan bertarung sendirian tanpa menerima sebarang tekanan. Danial berjaya menepati sasarannya untuk mencipta juara berganda manakala Alif Ashraf berjaya memperbaiki kedudukannya di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Md Fadlyshah Redzuan dengan catatan masa 10:22.688 saat.

Yamaha Petronas Super Series

Walaupun masih muda, kemampuan dua orang pelumba iaitu Md Haziq dan Md Nor Hakim bersaing dengan cukup matang patut diberi pujian. Litar yang mempunyai tiga selekoh kanan dan tujuh selekoh kiri ini menjadi bukti betapa sukarnya para pelumba ini untuk mengekalkan kedudukan jika pencabarnya juga mempunyai semangat juang yang tinggi. Turut memberikan tunggangan yang mantap ialah pelumba dari Johor dan Selangor iaitu Aliff Danial dan Awal M Al Fikri.

Perebutan tempat keenam di antara Zafrul (18 ) dan Aliff Haikal memang cukup sengit.

Walaupun menggunakan jentera yang sama, corak tunggangan yang agresif dan keberanian membrek dengan lambat adalah satu kelebihan buat mereka yang ingin ke depan. Walaupun bukan tugas mudah, Haziq akhirnya berjaya menewaskan Nor Hakim untuk muncul juara manakala Aliff Danial tetap berpuas hati di posisi ketiga dengan catatan masa 9:12.996 saat.

Honda Wave Alpha Challenge

Tahniah buat Mohd Syahmi Mohamad yang meraih podium pertamanya musim ini selepas menunjukkan kecemerlangan wa-laupun bermula di barisan kedua (petak keempat). Para pelumba berbakat yang tidak melepaskan peluang menunjukkan aksi cukup garang di litar MAEPS ialah Md Aeiman, Md Harith Rosmaza dan Md Izzat Md Raduan.

Pertarungan akhir Honda Wave Alpha Challenge berlangsung cukup sengit.
Pertarungan akhir Honda Wave Alpha Challenge berlangsung cukup sengit.

Pengarah Urusan & CEO BSH, En. Keiichi Yasuda (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Honda Wave Alpha.

Kemenangan tersebut telah melonjakkan Syahmi ke tangga kedua keseluruhan dengan 33 mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu carta, Md Aeiman Hafidz Shahrin. Pemenang tempat ketiga litar MAEPS, Md Izham kini di tangga ketiga keseluruhan dengan 29 mata diikuti Md Idlan di tangga keempat.

Cabaran Yamaha NVX

Perlumbaan pusingan kedua sungguh sengit apabila tiga pelumba teratas cuba membuktikan kemampuan dan kebolehan masing-masing mengendalikan jentera automatik berisipadu 155cc di litar yang cukup teknikal. Md Zairul, Md Adib dan Faiz Danish yang bermula sedikit di belakang tidak menunggu masa yang lama untuk memintas para pelumba di hadapan untuk memimpin perlumbaan.

Dari kiri: Adib Kharith, Zairul Kazzreen dan Faiz Danish gembira dengan kejayaan podium di MAEPS.
Dari kiri: Adib Kharith, Zairul Kazzreen dan Faiz Danish gembira dengan kejayaan podium di MAEPS.

Praven Kumar(18) cuba mengatasi Derryk Lee (3) dalam persaingan akhir Cabaran Yamaha NVX.

Tahniah buat Zairul yang terlebih dahulu dinobatkan juara dengan catatan masa 6:56.0003 saat manakala Adib dan Faiz masing-masing amat cemerlang dengan ketinggalan sekitar 0.4 saat di belakang.

Para pemilik jentera Honda bergambar kenangan bersama pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi.
Para pemilik jentera Honda bergambar kenangan bersama pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi.
Para pemilik jentera Yamaha yang hadir memeriahkan perlumbaan cub prix pusingan kedua.
Para pemilik jentera Yamaha yang hadir memeriahkan perlumbaan cub prix pusingan kedua.

Perlumbaan diteruskan ke Litar Jasin, Melaka untuk pusingan ketiga sebelum ke Temerloh pada 19 Ogos dan ke Teluk Intan pada awal September hadapan. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Dari Litar

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

Qabil Irfan Azlan mahu meneruskan momentum positif apabila mengharungi Pusingan 3 Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung di Litar Jerez.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.