Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 September 2018

Pertarungan Paling Sengit Antara Lorenzo & Marquez

Tahniah buat pelumba pasukan Ducati Racing, Jorge Lorenzo yang telah mempamerkan tunggangan yang benar-benar hebat pada perlumbaan yang berlangsung di Austria pada 12 Oktober lalu. Bermula di barisan paling hadapan sememangnya bukan menjamin kedudukan terbaik di lap pertama tetapi pada persaingan kali ini, ketiga-tiga pelumba paling depan iaitu Marc Marquez, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso berjaya melakukannya.

Lorenzo terlebih dahulu memimpin perlumbaan diikuti rapat oleh Marquez dan Dovizioso manakala para pelumba lain seperti Alex Rins, Johann Zarco, Carl Crutchlow bersesak di belakang mencari ruang untuk memecut. Pelumba jagoan Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales pula agak ketinggalan kerana bermula di belakang.

Valentino Rossi (46) sekali lagi mempamerkan ‘magic’nya untuk tamat di tempat keenam walaupun bermula dari petak ke-14.

Alex Rins sudah semakin serasi dengan jenteranya.
Alex Rins sudah semakin serasi dengan jenteranya.

Tidak lama kemudian, Marquez mula menyerang dan berjaya memintas lalu mengerahkan tenaga jenteranya untuk meninggalkan dua pelumba Ducati Lorenzo dan Dovizioso di belakang. Seperti persaingan sebelum ini, kedua-dua pelumba Ducati itu saling cabar mencabar untuk berada di depan tetapi Lorenzo berjaya mengekang kemaraan Dovizioso dengan kawalan di selekoh yang cukup kemas. Pada masa yang sama, Rossi membuat 'magic' dengan memintas seorang demi seorang. Dari kedudukan ke-14, dia mempamerkan kepakaran untuk berada di posisi ke 10 hanya dalam beberapa lap sahaja.

Dalam pergelutan dua pelumba 'rumah merah' itu, mereka semakin pantas sehingga dapat mendekati Marquez yang pada awalnya sudah membuka jarak. Sebaik sahaja jarak kurang daripada 0.5 saat, Lorenzo menggunakan kekuatan enjin Ducati untuk meninggalkan rakan sepasukannya dan cuba memintas Marquez. Sepuluh lap terakhir, Lorenzo bagaikan 'dirasuk' dengan kawalan jentera yang menakjubkan. Dia dan Marquez saling pintas memintas dan ketika itulah jentera Ducati Desmosedici GP18 dan Honda RC213V mempamerkan kelincahannya. Jentera-jentera mereka bergoyang ketika membrek dari kelajuan lebih 300km untuk tiba di selekoh tajam (selekoh 10).

Permulaan cukup sengit yang sentiasa mendebarkan.
Permulaan cukup sengit yang sentiasa mendebarkan.

“Ia adalah perlumbaan yang sangat mengagumkan, mungkin salah satu di antara yang terbaik sepanjang karier saya. Menang di litar ini dengan jentera Ducati adalah sesuatu yang menakjubkan dan rasanya memang istimewa,” kata Jorge Lorenzo yang kini di tangga ketiga keseluruhan dengan 130 mata.

Tunggangan mantap Marquez membolehkan dia terus cemerlang.
Tunggangan mantap Marquez membolehkan dia terus cemerlang.
Hafizh terus memberi keputusan yang membanggakan.
Hafizh terus memberi keputusan yang membanggakan.

Jika sebelum ini gaya Marquez berjaya menundukkan lawannya tetapi segala strateginya kali ini telah ditumpaskan oleh Lorenzo di Litar Red Bull Ring untuk meraih kemenangan dengan catatan masa 39'40.688 saat. Ketinggalan hanya 0.130 saat di belakang ialah Marquez dengan kelajuan purata 182.8km/j manakala Dovizioso di tempat ketiga. Tahniah buat Rossi yang berjaya memintas lapan orang pelumba untuk tamat di tempat keenam.

Maverick Vinales.
Maverick Vinales.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin terus meraih keputusan yang baik dalam usahanya merebut takhta Rookie of the Year. Dia kini berada di tangga teratas dengan 24 mata diikuti rapat oleh Franc Morbidelli (22 mata) dan Takaaki Nakagami di tangga ketiga dengan 11 mata.

Moto2: Pelumba pasukan Sky Racing Team VR46, Francesco Bagnaia kini berada di tangga tertinggi kejuaraan selepas muncul juara dengan menewaskan seteru ketatnya, Miguel Oliveira dalam satu persaingan yang mendebarkan. Kedua-dua pelumba ini mempunyai karisma dan keupayaan tersendiri yang benar-benar mempengaruhi corak serangan ketika masing-masing cuba mengatasi satu sama lain.

Litar yang memiliki laluan lurus sepanjang 636 meter itu memberi kelebihan buat pelumba yang dapat memecut lebih pantas, penggunaan gear yang tepat dan kebolehan membrek dengan lambat untuk mendapatkan selekoh pertama. Selekoh akhir juga cukup sukar dan memerlukan kawalan yang sempurna untuk dapatkan laluan terbaik sebelum memecut ke garisan penamat. Apa yang mengujakan kira-kira 93 ribu orang penonton ialah keupayaan Bagnaia dan Oliviera yang sama hebat…. sama mantap.

Bagnaia berjaya mencari ruang kosong yang kecil untuk menyerang di saat akhir dan berjaya meninggalkan Oliviera di tempat kedua. Rakan sepasukan Bagnaia dan seorang lagi anak didik Valentino Rossi, Luca Marini di tempat ketiga.

Pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang semakin selesa dengan jenteranya berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-16 dan kini di tangga 27 keseluruhan dengan satu mata.

Moto3: Marco Bezzecchi semakin selesa di tangga pertama kejuaraan selepas menang di Austria dengan tunggangan yang cukup meyakinkan. Pelumba dari Itali itu mendapat rentak yang sempurna sepanjang perlumbaan untuk berada di kelompok paling atas. Walaupun cuba memberi tentangan dengan cukup hebat, Enea Bastianini dan Jorge Martin terpaksa berpuas hari di tempat kedua dan ketiga hanya dengan perbezaan masa sekitar 0.4 saat sahaja.

Adam Norrodin kini lebih matang dalam usaha untuk mencari kedudukan lebih cemerlang.
Adam Norrodin kini lebih matang dalam usaha untuk mencari kedudukan lebih cemerlang.
Adam Norrodin.
Adam Norrodin.

Adam Norrodin dari pasukan Petronas Sprinta Racing mengakhiri saingannya di Austria di tempat ke-17 dan akan terus memburu kedudukan yang lebih baik pada pusingan-pusingan akan datang. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Warta Roda

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak.

Dari Litar

Ai Ogura Terpantas di Sesi Latihan Pertama

Ai Ogura memulakan kempen GP Republik Czech dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi hari Jumaat.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.