☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 10 Oktober 2016

Perjalanan 1001 Kisah Dari Pulau Pinang Ke London (Bhg Akhir): Berakhirnya Pengembaraan Penuh Berliku

Perjalanan merentasi jalan-jalan yang cantik dan selesa di berbagai negara Eropah seperti Romania, Croatia, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia, Slovenia dan Austria. Tidak banyak masalah berlaku di negara-negara ini menyebabkan pengembaraan mereka jauh lebih cepat dengan apa yang dirancangkan.

Austria - Udara segar dan suhu yang sejuk membantu para pengembara menunggang dengan tenang dan damai.
Austria - Udara segar dan suhu yang sejuk membantu para pengembara menunggang dengan tenang dan damai.
Bandar di Macedonia yang terkenal dengan rekabentuk bangunan yang cukup gah.
Bandar di Macedonia yang terkenal dengan rekabentuk bangunan yang cukup gah.

Macedonia, Croatia dan Montenegro terkenal dengan tasik-tasik yang luas dan bersih. Tasik Ohrid, Macedonia pula merupakan tasik terdalam di dunia dengan kedalaman 321 meter. Air yang bersih, sejuk dan sangat jernih ini menarik perhatian para pengembara ini untuk terjun mandi dan merehatkan badan.

Di Croatia, keempat-empat mereka sempat berkhemah di Auto Camping Ground dengan harga Euro15 sehari setiap seorang. Di kawasan ini para pengembara dapat berkhemah dengan selesa kerana dilengkapi dengan keperluan asas seperti air, elektrik termasuklah Wifi. Sememangnya kehadiran mereka mendapat perhatian semua pengembara. Macam selebriti… semuanya nak bergambar dengan mereka!

Terdapat banyak tasik-tasik cantik seperti ini di Masedonia.
Terdapat banyak tasik-tasik cantik seperti ini di Masedonia.
Croatia juga mempunyai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.
Croatia juga mempunyai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.

Di sini juga tayar salah seorang daripada mereka telah pecah dan terpaksa membeli pada harga RM500 dari syarikat Continental Tyre kerana tayar jentera moped memang sangat-sangat sukar didapati.

Dari Croatia, pengembaraan diteruskan ke Jerman, Itali dan Liechtenstien, negara keempat terkecil di Eropah selepas Vatican City, Monaco dan San Marino. Liechtenstien juga terkenal sebagai antara negara yang paling kaya dan paling indah. Ketiga-tiga negara ini tidak memberikan masalah selain ramai orang yang tidak percaya mereka datang dari Malaysia. Dari satu lokasi ke lokasi berikutnya, En. Lim, En. Franky, En. Timothy dan En. Eric sentiasa menarik minat orang ramai untuk bergambar dan berbual-bual mengenai perjalanan mereka.

Kawasan perkampungan di Eropah tenang, kemas dan sangat bersih.
Kawasan perkampungan di Eropah tenang, kemas dan sangat bersih.

“Keadaan cuaca dan suhu yang turun dengan cepat ketika kami memasuki Switzerland... sangat sejuk. Sedang kami berhenti mengisi petrol, ada sepasang suami isteri datang menyapa kami serta mengajak ke rumah mereka.”

Pelawaan Thomas dan Anna (kedua-duanya bekerja sebagai guru) bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Pasangan ini membenarkan En. Lim dan rakan-rakannya tinggal di rumah mereka selama empat hari dengan segalanya disediakan. Thomas juga merupakan seorang rider tetapi sayangnya motosikal Honda Varadero telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

“Setiap hari sebelum pergi bertugas, mereka akan tinggalkan kunci untuk kami. Kami dapat makan, mandi, rehat dan guna komputer dengan cukup-cukup selesa sekali. Kami belum pernah jumpa dengan orang sebaik ini. Pada hari terakhir di rumah mereka, Thomas dan Anna sempat memberikan kami cenderahati iaitu Swiss Knife yang terkenal itu.”

Rumah Thomas dan Anna yang menjadikan tempat rehat empat sahabat pengembara selama empat hari.
Rumah Thomas dan Anna yang menjadikan tempat rehat empat sahabat pengembara selama empat hari.
Switzerland terkenal sebagai negara pengeluar utama industri susu dan daging lembu.
Switzerland terkenal sebagai negara pengeluar utama industri susu dan daging lembu.
Dari kiri Timothy, Anna, Lim dan Thomas bergambar kenangan sebelum konvoi diteruskan.
Dari kiri Timothy, Anna, Lim dan Thomas bergambar kenangan sebelum konvoi diteruskan.

Sebaik sahaja konvoi memasuki lebuhraya, mereka diekori oleh Polis Peronda sambil membunyikan hon. En. Lim dan rakan-rakannya diarah untuk menyaingi kelajuan kereta peronda itu dalam kelajuan 120km/j. Keempat-empat moped itu hanya boleh memecut selaju 110km/j sahaja! Polis itu katakan mereka berempat terlalu perlahan untuk berada di lebuhraya dan atas faktor keselamatan, mereka dinasihat untuk menggunakan jalan bandaran.

Perjalanan di antara pergunungan Alps.
Perjalanan di antara pergunungan Alps.
Ramai yang tidak percaya kami menunggang dari Malaysia.
Ramai yang tidak percaya kami menunggang dari Malaysia.

Apabila tiba di kawasan pergunungan Alps, sekali lagi mereka ditahan oleh pegawai polis yang bertugas. Pihak polis menerangkan bahawa untuk mendaki kawasan pergunungan ini, hanya motosikal berkuasa 500cc dan ke atas sahaja dibenarkan.

“Saya katakan bahawa kami datang dari Malaysia. Pegawai itu terkejut dan meminta kami berikan bukti. Kami tunjuk gambar, passport dan jarak perjalanan yang telah dicapai... mereka terkejut! Boss mereka pun keluar.”

“Kalau sejauh ini anda semua boleh sampai naik moped, apa sangat jalan-jalan gunung di sini. Silakan!” Kata salah seorang daripada polis itu.

Apa lagi... keempat-empat mereka pun terus melayan 'corner' di sepanjang jalan yang sejauh 1,600 kilometer. Apabila tiba di setiap 'check point' pastinya para superbikers cukup teruja dan menghormati keupayaan dan keberanian para pengembara ini terutamanya En. Franky yang berusia 67 tahun ketika itu.

Gunung mereka tinggalkan untuk menyambung perjalanan yang masih jauh. Dari Switzerland, kini jentera moped hebat ini terus diperah menuju ke Perancis. Keempat-empat penunggang tegar ini tidak gemar untuk mengunjungi bandar-bandar besar sebaliknya ingin melihat keindahan luar bandar dan bertemu dengan masyarakat tempatan.

Dengan ini mereka dapat melihat budaya, corak kehidupan, perniagaan, bahasa dan sifat kemanusiaan. Ternyata masih banyak orang baik di dunia ini tidak kira di negara apa pun.

Kedai menjual jam dinding di Jerman. Unik dan cukup menarik!
Kedai menjual jam dinding di Jerman. Unik dan cukup menarik!
Kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain merupakan kunci utama dalam kejayaan pengembaraan ini.
Kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain merupakan kunci utama dalam kejayaan pengembaraan ini.

“Apabila tiba di hujung Perancis, kami semua cukup gembira kerana perjalanan sudah hampir ke penghujungnya. Kami menaiki feri dari Calais (Perancis) ke Folkestone (England) dan semestinya sekali lagi mendapat perhatian para penunggang motosikal di sana dan semua menganggap kami ni 'gila'!”

“Sebaik sahaja melihat bangunan ibu pejabat Perdana Menteri, di Downing Street UK, saya cukup berbangga dan sangat gembira kerana segala pengorbanan, penat lelah dan susah payah telah pun berakhir. Usaha ini tidak mungkin tercapai tanpa bantuan dan sokongan rakan-rakan yang turut mempunyai semangat yang tinggi.”

Menaiki feri di Calais, Perancis untuk ke England.
Menaiki feri di Calais, Perancis untuk ke England.

Walaupun asalnya sesiapa pun tidak dibenarkan untuk bergambar di Downing Street tetapi keempat-empat pengembara dari Malaysia itu mendapat kebenaran dan ia adalah suatu detik paling bersejarah buat mereka. Perjalanan selama enam bulan telah berakhir dengan jarak perjalanan menghampiri 20,000 kilometer di 25 buah negara dengan kos perjalanan kira-kira RM23,000 setiap penunggang.

Perasaan bangga dan puas dinikmati bersama setibanya mereka di destinasi terakhir, Downing Street, London.
Perasaan bangga dan puas dinikmati bersama setibanya mereka di destinasi terakhir, Downing Street, London.
Setibanya di London, pengembaraan dirasakan sudah hampir tamat.
Setibanya di London, pengembaraan dirasakan sudah hampir tamat.

“Kesemua motor-motor kami telah dihantar pulang ke Malaysia dan saya (En. Lim). Timothy dan Eric sempat berkunjung ke beberapa lagi tempat-tempat menarik di sekitar London, Manchester, Birmingham dan banyak lagi.”

Tahniah buat mereka dan semoga perjalanan ini memberikan inspirasi buat para pencinta motosikal di seluruh negara. Menurut En. Lim, selain perlu mempunyai semangat yang kuat, para pengembara perlu sanggup untuk meninggalkan keluarga, pekerjaan, perniagaan agar setiap matlamat dapat dicapai dengan jayanya. RR

Tamat

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.