☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Disember 2021

CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Dilancarkan

Model superbike popular Honda, CBR sememangnya antara idaman para pencinta motosikal di seluruh dunia. Menurut kakitangan R&D Honda, Dan Hancock, CBR bererti Cross Beam Racer dinamakan bersempena rekaan enjin jentera yang diletakkan melintasi kerangka.

Tadao Baba 'kanan sekali' pencipta asal Honda CBR900.
Tadao Baba 'kanan sekali' pencipta asal Honda CBR900.

Model asal Fireblade 900 dicipta oleh pereka lagenda Honda, Tadao Baba yang juga dikenali sebagai Father of the Fireblade. Untuk meraikan kehadiran model ini ke pasaran sejak 30 tahun lalu, Honda dengan bangganya memperkenalkan Fireblade SP Edisi Terhad Ulang Tahun ke-30.

Ia didatangkan dengan skima warna tricolour yang menggabungkan warna asal dengan belang serta corak gaya moden yang disempurnakan menerusi elemen moden tahun 1992 dulu. Fireblade SP ini juga didatangkan dalam dua warna lain iaitu Grand Prix Red dan Matte Pearl Morion Black. Kedua-dua model ini dikemaskan dengan rim berwarna emas. Warna terbaru untuk model Fireblade ialah Grand Prix Red yang lengkap dengan warna putih untuk nombor.

Honda telah menambahbaik jentera unggul ini khususnya dari segi kekuatan pecutan ketika berada di dalam selekoh. Setelah mendapat input daripada para pelumba HRC, sistem Honda Selected Torque Control (HSTC) juga turut dipertingkat agar tahap geseran tayar belakang lebih sempurna.

Bagi menawarkan prestasi membrek yang efisien dan konsisten dalam semua keadaan, brek hadapannya (jenis Nissin) turut ditambahbaik. Honda Fireblade SP memiliki prestasi lebih padu dengan adanya Öhlins Smart Electronic Control (SEC) yang berinteraksi dengan cemerlang bersama sistem Quick Shifter. RR

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).