☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Mac 2022

Yamaha Eropah Perkenalkan Tenere 700 World Raid

Tahun 2022 Yamaha bakal membuka dimensi baharu dalam segmen jentera pengembaraan dengan memperkenalkan Tenere 700 World Raid baru! Sebuah jentera kembara yang menawarkan gabungan fleksibiliti, keseronokan dan keupayaan berada di laluan on/off road dengan sangat baik

'Ahli ketiga' dalam keluarga Tenere 700 World Raid ini menawarkan pelbagai peluang dan nikmat kepada para pencinta dunia permotoran untuk mencapai impian selama ini. Yamaha Tenere baru ini menampilkan spesifikasi canggih yang termasuk sistem saspensi moden untuk memberi lebih keyakinan dan keselesaan.

Moden? ya..sudah pasti. Yamaha ini dilengkapkan dengan panel meter canggih yang ini berkemampuan menerima panggilan masuk dan teks mesej pesanan. Tenere 700 World Raid ialah motosikal yang boleh menjadikan dunia 'menjadi' lebih kecil.

'Si tinggi lampai ini' dilengkapi dengan enjin 689cc, sistem penyejuk cecair, 2 silinder CP2 menawarkan hantaran kuasa yang cukup lancar serta ultra sensitif untuk respon lebih pantas. Cermin angin lebih tinggi, tempat pemijak lebih besar, gril pelindung radiator, pelindung enjin aluminium dan semestinya tangki petrol baru (23 liter) memberikan kelegaan buat mereka yang ingin mengembara ratusan kilometer.

Agar mampu bergerak dengan lincah dan tangkas, pelana yang setinggi 890mm ini direka mendatar agar memudahkan penunggang bergerak ke hadapan dan ke belakang tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak. Pelana depan dan belakang yang 'terpisah' direka agar mudah untuk pemilik Tenere ini menanggalkan pelana belakang untuk meletakkan aksesori seperti rak atau beg.

Antara ciri-ciri utama Yamaha Tenere 700 World Raid:

  • Tangki bahan api 23 liter
  • Pelana berasingan jenis rata
  • Panel meter TFT berwarna 5”
  • port pengecas USB
  • 3 mod ABS
  • penyerap hentak hadapan berspesifikasi tinggi High KYB 43mm
  • Peredam boleh laras Öhlins
  • Penyerap hentak belakang aluminium 'piggyback'
  • Pengadang angin lebih tinggi
  • Fairing serba baru
  • tempat pemijak lebih besar
  • pelindung enjin aluminium
  • Gril radiator baru

Tenere World Raid dilengkapkan dengan sistem ABS tiga-mod yang boleh ditala menggunakan suis di bahagian kanan. Mod 1 (sistem beroperasi sepenuhnya) yang sesuai untuk kegunaan jalanan biasa. Mod 2 dan Mod 3 adalah untuk jalan-jalan lasak dan mencabar. Mod 2 merupakan ciri terbaru iaitu: Tayar depan ABS tetapi tayar belakang tiada ABS dan ini sesuai untuk litar tanah lasak. Mod 3 pula sesuai untuk penunggang yang berpengalaman.

Memang menarik betul Yamaha Tenere ini...kelincahan dan bentuknya menggiurkan para peminat jentera lasak. Kalau model ini masuk ke pasaran negara, ada pembeli tak? RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.