☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Julai 2023

Triumph Speed 400 (2024) Telah Dilancarkan

Motosikal Triumph 400cc yang dinamakan Triumph Speed 400 (2024) telah dilancarkan setelah sekian lama ditunggu-tunggu. Ia merupakan salah satu daripada dua model di bawah bajaran model Triumph 400cc. (Sebuah lagi ialah jenis Scrambler.)

Sila klik pautan ini untuk Triumph Scrambler 400 X.

Ia merupakan hasil daripada kerjasama di antara Triumph dan Bajaj, seperti mana KTM lakukan. Namun, banjaran Triumph ini akan dibina di tiga tempat iaitu India, Thailand dan Brazil untuk pasaran yang berlainan.

  • Enjinnya merupakan daripada siri TR (TR Series) yang bercirikan piston tunggal dengan sejukan cecair dan suntikan bahanapi berkapasiti 398cc.
  • Ia menghasilkan 39.5HP pada 8,000RPM dan 37.4Nm pada 6,500 RPM.
  • Kotak gearnya mempunyai enam kelajuan.

  • Banjaran model ini menggunakan kerangka baharu yang menggabungkan tulang belakang di tengah dengan tiub keluli di sekeliling, serta frem belakang yang dipasang.
  • Suspensi depan terdiri daripada sepasang fork Big Piston Fork (BPF) 43mm yang memberikan jarak gerakan 140mm.
  • Suspensi belakang pula terdiri daripada monoshok dengan tabung berasingan dan boleh dilaras pra-beban.
  • Brek di depan pula menggunakan cakera 300mm tunggal yang dikepit oleh sebuah kaliper brek dengan empat piston.
  • Brek belakang pula menggunakan cakera 230mm.
  • Fungsi ABS ialah standard dan hos brek merupakan jenis keluli.
  • Triumph Speed 400 ini menggunakan rim 17-inci di depan dan belakang yang diperbuat daripada aluminium aloi. Mereka dipasang dengan tayar sport Metzeler Sportec M9RR.

  • Jarak rodanya (wheelbase) ialah 1377mm, manakala sudut sterengnya (rake) ialah 24.6 darjah, dan jejaknya (trail) 101.6mm. Ketiga-tiga angka ini menjukkan sebuah motosikal dengan karekter pengendalian yang tangkas.
  • Kapasiti tangki petrolnya ialah 15.6 liter.
  • Keberatan sedia ditunggangnya pula hanya 170kg. (Amat ringan!)

  • Walaupun Triumph Speed 400 ini merupakan sebuah model peringkat kemasukan, itu tidak bermaksud ia hanya mempunyai ciri-ciri yang terhad. Sebaliknya, seperti Triumph yang lain, ia juga mempunyai ciri-ciri yang canggih.
  • Ia menggunakan sistem terotel elektronik (ride-by-wire throttle) yang membolehkan ciri-ciri elektronik yang lain.
  • Set elektroniknya termasuk kawalan cengkaman, ABS di roda depan dan belakang.
  • Klacnya merupakan jenis pertolongan tork (torque assist) sebagai standard. Klac jenis ini akan mencengkam plet-plet klac dengan lebih kuat apabila enjin diligatkan. Kepada penunggang, dia akan merasakan tuil klac yang amat lembut untuk ditekan.
  • Panel meternya mengekalkan tradisi Triumph iaitu jarum analog dengan skrin LCD di dalam.
  • Skrin LCD ini memaparkan beberapa maklumat dan anda boleh memilih fungsinya dengan butang pada handel sebelah kiri.

  • Terdapat 3 warna untuk model ini yang dipanggil Carnival Red, Caspian Blue, dan Phantom Black.
  • Harganya masih belum diputuskan tetapi pihak Triumph berkata ia "mampu milik."
  • Pengedar-pengedar di seluruh dunia akan mula menerima motosikal ini bermula dari suku tahun pertama 2024.
Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.