☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Februari 2024

Yamaha Tenere 700 Dilancarkan! Harga asas RM69,988

Hong Leong Yamaha Motor hari ini memperkenalkan motosikal pengembaraan on-and-off pertama mereka iaitu Yamaha Tenere 700. Kali pertama model ini dipamerkan kepada umum ialah pada penganjuran Karnival GenBlu Yamaha di Kota Kinabalu tahun lalu dan ya, jentera kembara lasak Yamaha ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD) yang dilakukan di HLYM, Sungai Buloh.

Model kembara ini juga turut dikenali dengan singkatan nama T7 dan dikuasakan oleh enjin 869cc, 2 silinder sebaris, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 73.4Ps pada 9,000rpm dan tork 68.0Nm pada 6,500rpm.

T7 2024 ini dilengkapkan dengan sistem ABS (3 mod), panel meter warna TFT 5 inci (dua tema grafik), tangki bahan api 16 liter, fork hadapan jenis terbalik boleh laras, pelindung enjin aluminium, sistem brek hidraulik dan sistem sambungan Y-Connect. Yamaha Tenere 700 boleh didapati hanya dalam pilihan satu warna iaitu Biru Ikon.

Harga jualan yang disyorkan ialah RM69,988 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran). Sila ambil perhatian bahawa harga jualan yang disyorkan hanyalah panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh kami.

Turut ditawarkan ialah pemberian kunci cakera keselamatan bernilai RM100 sebagai hadiah kepada setiap para pelanggan dengan pembelian mereka.. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.