☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Mac 2025

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025. Mula diperkenalkan pada tahun 2017, model ini menjadi sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Untuk tahun 2025, X-ADV menerima beberapa perubahan yang serba baru dari segi penampilan, sistem elektronik dan bahan yang digunakan. Model ini mengekalkan enjin 745cc Parallel Twin, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 43kW pada 6,750rpm dan tork 69Nm pada 4,750rpm.

Walaubagaimanapun, sistem transmisi DCT (Dual-clutch Transmission) 6-kelajuan pada model 2025 ini telah dipertingkatkan agar tindak balas enjin lebih responsif ketika mula bergerak ataupun dalam kelajuan perlahan. Sistem ini juga menawarkan dua mod iaitu automatik dan manual yang membolehkan penunggang menukar kedudukan gear dengan menekan butang tambah (+) dan tolak (-).

Rekabentuk X-ADV baharu ini tampil dengan lebih agresif. Lampu utamanya telah dikemaskini dengan pencahayaan jenis projector LED. Manakala lampu Daytime Running Light (DRL) juga dinaiktaraf, kini disepadukan bersama lampu isyarat.

Menurut Honda, pihak mengatakan mereka menggunakan bahan kitar semula dari Durabio berasaskan plastik biojisim pada beberapa bahagian badan jentera termasuklah cermin penghadang angin. Pelana pada jentera ini turut dikemaskini dengan 10% lebih tebal untuk menawarkan keselesaan buat penunggang.

Meter TFT 5-inci serba baru kini lebih terang untuk para penunggang membuat talaan dan membaca info. Paparan ini boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Honda RoadSync melalui sambungan Bluetooth untuk menggunakan sistem navigasi dan kawalan muzik. Honda telah menaiktaraf ruang bawah pelana seluas 21 liter yang kini boleh memuatkan sebuah topi keledar penuh.

X-ADV dilengkapkan dengan sistem elektronik seperti Cruise Control secara standard, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Throttle-By-Wire serta empat mod tunggangan antaranya Standard, Sport, Rain dan Gravel.

Sebelum ini penunggang perlu melaras cermin penghadang angin menggunakan dua tangan. Untuk model 2025, cermin penghadang angin tersebut sudah boleh diselaraskan dengan tiga tahap menerusi satu tombol yang hanya menggunakan satu tangan sahaja.

Antara ciri lain yang terdapat pada X-ADV adalah fork USD 41mm, penyerap hentak belakang jenis monoshock, tangki bahan api 13.2 liter, berat 236kg, tinggi pelana 790mm, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran, soket USB Type-C, tayar hadapan 120/70R-17M/C dan tayar belakang 160/60R-15M/C

Untuk pasaran tempatan, Honda X-ADV 2025 empat pilihan warna iaitu Matte Deep Mud Gray, Pearl Glare White dan Graphite Black pada harga bilik pameran yang disyorkan RM69,999 manakla untuk warna Matte Goldfinch Yellow ditawarkan pada harga asas RM70,999. RR

Popular

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Artikel berkaitan

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Model Baru

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu Honda NX500, CB750 dan Transalp.

Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Model Baru

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Dua lampu LED 'menonjol' di depan menambah gaya, nampak garang betul! Lampu belakang pula direka simple sahaja tapi sudah cukup cerah.