☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Julai 2025

WMOTO Bobbie VII Sidecar - Model Pertama Seumpamanya di Malaysia. Harga RM48,888

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan motosikal pertama di Malaysia yang dilengkapkan dengan sidecar. WMOTO Bobbie VII Three Wheeler ini telah pun mendapat kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk berada di pasaran negara selepas perbincangan yang diadakan oleh kedua-dua belah pihak selama dua tahun untuk mendapat sepakatan.

Model yang cukup menarik ini ditawarkan pada harga RM48,888 dan untuk 100 pembeli terawal, pihak Mforce menawarkan harga istimewa iaitu hanya RM46,888.

WMOTO Bobbie VII Three Wheeler ini hadir dengan enjin 693cc, sistem suntikan bahan api yang berkuasa 74hp pada 8,500rpm dan tork 64Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisinya 6-kelajuan dan juga dilengkapkan dengan gear undur untuk pergerakan lebih mudah. Dari segi penggayaan, WMOTO ini berkonsepkan jentera retro moden yang jelas dapat kita lihat menerusi rekabentuk lampu utama, panel meter, lampu belakang yang berbentuk bulat.

Fork hadapan jenis teleskopik, dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis cantilever. WMOTO Bobbie VII Three Wheeler ini juga lengkap dengan brek cakera hadapan bersaiz 320mm di depan dan 256mm di belakang beserta sistem ABS dua saluran.

Ruang 'sidecar' untuk model ini cukup besar dan selesa. Penumpang akan dapati ruang kakinya yang luas dan wajib mengenakan tali pinggang ketika berada di jalanraya. Menurut pihak Mforce, menunggang model ini hanya memerlukan lesen B dan dikatakan juga pemilik WMOTO Bobbie VII Three Wheeler terpaksa melalui laluan kereta jika masuk ke lebuhraya. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).