☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 November 2025

Yamaha YZF-R7 2026 Versi Naik Taraf Diperkenalkan

Bersempena pameran motosikal antarabangsa EICMA 2025 baru-baru ini, Yamaha Motor Company turut memeprkenalkan Yamaha YZF-R7 2026, model Supersport pertengahan yang kini tampil dengan teknologi dan rekabentuk generasi baharu. Naik taraf yang dilakukan pada R7 ini menjadikan jentera ini lebih dinamik dan prestasi tinggi, seiring DNA perlumbaan siri R yang terkenal.

R7 2026 mengekalkan enjin 689cc CP2 dua silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 72.4hp pada 8,750rpm dan 68Nm pada 6,500rpm, namun kini dilengkapi sistem Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) dan unit 6-axis IMU yang dibangunkan dari model R1. Selain itu, model ini turut hadir dengan pelbagai sistem bantuan elektronik termasuklah Yamaha Ride Control (YRC) - pemilihan mod tunggangan Sport, Street & Rain serta dua mod khas yang boleh diprogram menerusi aplikasi Yamaha MyRide, Quickshifter generasi ketiga, Traction Control (TCS), Slide Control (SCS), Brake Control (BC), Launch Control (LC), Lift Control (LIF), Engine Brake Management (EBM), Back Slip Regulator (BSR) dan Power Modes (PWR

Model ini turut menerima casis baharu yang lebih tegar dengan perubahan pada rangka, lengan ayun dan triple clamp bagi meningkatkan kestabilan di laluan berselekoh. Rim jenis Spin Forged yang disaluti tayar Bridgestone Battlax Hypersport S23 pula membantu mengurangkan berat jentera.

Posisi tunggangan juga diperbaharui bersama bar hendal serta tangki bahan api yang direka semula untuk menawarkan pergerakan yang lebih bebas. Ketinggian pelana direndahkan kepada 830mm (835mm model terdahulu) untuk keselesaan tambahan serta tempat meletak kaki penunggang daripada model R1. Jenetra ini didatangkan dengan paparan meter TFT bersaiz 5-inci dengan paparan Track Mod. Melalui aplikasi Y-TRAC Rev, penunggang boleh merekod data telemetri serta membolehkan komunikasi Virtual Pit Board dengan kru di litar. Model ini turut dilengkapi sistem Cruise Control, Speed Limiter dan fungsi Emergency Stop Signal (ESS) bagi keselamatan tambahan.

Darisegi rekabentuk pula menampilkan rupa yang tajam dan lebih aerodinamik - diinspirasikan daripada model YZR-M1 dalam pelrumbaan MotoGP. Model ini tetap mengekalkan identiti "M-Shaped duct" ikonik (ruang kemasukan udara berbentuk M) dengan mengekalkan lampu utama di dalam dan fairing yang lebih tirus.

Yamaha R7 edisi khas 70th Anniversary .
Yamaha R7 edisi khas 70th Anniversary .

Sempena ulang tahun ke-70 Yamaha Motor Company, R7 2026 turut hadir dalam warna edisi khas 70th Anniversary yang diinspirasikan daripada R7 1999, selain dua warna lain – Icon Performance dan Midnight Black. Model ini dijangka berada di pasaran global bermula April 2026. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.