☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 November 2025

HONDA CB1000F 2026

Selepas mempertontonkan model ini di Suzuka 8 Hours, Honda Global secara rasmi melancarkan honda CB100F 2026 untuk pasaran Global.

CB1000F merupakan model baharu dalam sejarah keluarga CB berusia 65 tahun dengan gaya retro-naked yang diinspirasikan oleh model ikonik seperti CB750F pada tahun 80-an.

Model ini menggunakan enjin empat silinder 1000cc yang diambil dari CBR1000RR Fireblade, sama seperti terdapat pada Cb1000 Hornet. Namun, enjin pada CB1000F telah ditala semula untuk menawarkan pengalaman tunggangan yang santai. Hasilnya jentera ini mampu menhgasilkan kuasa 122hp pada 9,000rpm dan tork 103Nm pada 8,000rpm.

CB1000F dilengkapi dengan fork USD jenis Showa 41mm SFF-BP dan penyerap hentak belakang Showa dengan pelarasan preload dan rebound damping. Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 310mm di hadapan dan belakang menggunakan cakera tunggal 240mm.

Walaupun tampil dengan gaya klasik, model ini hadir bersama sistem elektronik yang moden termasuklah IMU (Inertial Measurement Unit) 6-paksi, Cornering ABS, Throttle‑By‑Wire (TBW), Wheelie Control Honda Selectable Torque Control (HSTC), serta mod tunggangan seperti Standard, Sport, Rain dan User. 

Ciri-ciri lain yang ada seperti rim bersaiz 17-inci, tayar hadapan 120/70, tayar belakang 180/55, Assist & Slipper Clutch, meter TFT 5-inci dengan ciri Honda RoadSync dan sistem kunci pintar.

Untuk pasaran global, honda CB1000F didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Wolf Silver Metallic dengan jalur Biru, Wolf Silver Metallic dengan jalur Kelabu dan Graphite Black dengan jalur Merah. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.