☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Disember 2025

Honda EV Outlier Concept – Jentera Elektrik Gaya Cruiser Masa Hadapan

Honda telah mempamerkan sebuah motosikal konsep elektrik iaitu EV Outlier Concept di Japan Mobility 2025. Perkataan “Outlier” bermaksud sesuatu yang tidak terikat dengan sempadan, di mana pihak Honda mahu mebuktikan bahawa motosikal elektrik bukan sahaja menggantikan penggunaan petrol kepada motor elektrik, tetapi dieka untuk menawarkan pengalaman tunggangan baharu.

Dari segi gaya, EV Outlier Concept menampilkan rekabentuk yang canggih dan futuristik. Bar hendalnya yang tinggi serta lebar, kedudukan kaki lurus kehadapan dan pelana tunggal dengan tempat penyandar jenis Bucket menawarkan posisi tunggangan seperti sebuah cruiser.


EV Outlier Concept didatangkan dengan kuasa motor elektrik. Namun, apa yang uniknya terdapat motor elektrik pada roda hadapan dan belakang yang dipasangkan pada bahagian hub, sekaligus menjadikan jentera ini sebuah motosikal pacuan dua roda. Dengan adanya ciri ini, pengagihan kuasa dapat diselaraskan mengikut keadaan sama ada untuk membantu pergerakan awal atau di permukaan yang licin. Manakala kuasa utamanya pula disalurkan pada roda belakang untuk memastikan pecutan yang lancar dan cengkaman yang baik, termasuklah ketika menunggang di jalan basah.

Jentera ini menggunakan kerangka casis aluminium manakala kedudukan bateri pula diletakkan di tengah untuk menurunkan pusat graviti. Sistem saspensi hadapan pula menggunakan Double Trailing Arm dengan penyerap hentak tengah manakala brek-brek jenis cakera direka untuk memastikan cengkaman dan prestasi brek yang optimum.

Bahagian kokpit motosikal ini pula disempurnakan dengan dua paparan TFT berwarna. Skrin melintang yang terdapat di bahagian bar hendal memaparkan info-info penting untuk penunggang. Satu lagi skrin menegak pula digunakan sebagai paparan navigasi dan tetapan pemanduan. Cermin sisinya pula digantikan dengan kamera yang memaparkan pandangan belakang secara langsung pada skrin.

Walaupun pihak Honda memaparkan beberapa ciri yang ada pada motosikal ini, namun spesifikasi lain seperti kapasiti bateri, jarak tunggangan dan kuasa motor masih belum didedahkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).