☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2019

WMoto Cub Classic 110 Saingan Terkini Jentera Cub

Jenama terbaru, WMoto atau Wawasan Moto kini hadir ke pasaran dengan pengenalan kepada model pertama mereka iaitu WMoto Cub Classic 110. Model baru ini merupakan satu rekaan yang menggabungkan rekabentuk klasik dan aksesori moden yang cukup menarik. WMoto Cub Classic dilengkapi dengan enjin 110cc, SOHC, silinder tunggal yang menawarkan kuasa maksimum 6.4hp pada 7,500rpm dan tork 8.0Nm pada 5,000rpm.

Apa yang cukup menarik minat ialah pada rekaannya. Walaupun bentuknya tampak klasik, jentera ini dikemaskan dengan ciri ciri motosikal moden seperti lampu-lampu LED, gear jenis rotari, meter, penghidup elektrik dan tendang, panel meter dengan lampu berwarna, pelana pembonceng boleh buka dan fork hadapan jenis terbalik USD.

Cub Classic menggunakan brek gelendong di depan dan belakang yang mengawal pergerakan tayar-tayar yang dicantikkan dengan penggunaan rim jenis jejari. Dengan isi tangki bahan api 4.0 liter, penunggang dapat menikmati perjalanan yang menyeronokkan setiap kali bersama Cub Classic ini. RR juga berkesempatan untuk menguji seketika jentera ini dan mendapati tindakbalas di antara pendikit dan enjin cukup tepat dan efisien. Posisi menunggang selesa (sama seperti model model klasik lain) manakala sistem saspensi depan dan belakang menyerap bebanan dengan baik. Model baru ini ditawarkan pada harga RM4,588 dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu) dalam tiga warna iaitu Matte Green, Matt Black dan Matte Red. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).