Ketika model ini diperkenalkan di pameran motosikal EICMA tahun lalu, ia telah menerima maklum balas yang cukup positif dari para pencinta motosikal yang hadir ke acara cukup eksklusif itu. Namun begitu, EICMA bukanlah 'pentas' pertama model baru CFMOTO 700CL-X memunculkan diri sebaliknya ia telah dilancarkan di sebuah lokasi bersejarah, Del Volo yang juga terletak di Milan.
Sebagai pengeluar motosikal ternama di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) melangkah ke tahun 2020 penuh bergaya dengan memperkenalkan tiga model terbaru iaitu CBR1000RR-R Fireblade SP, GL1800 Gold Wing dan siri CRF1100L Africa Twin yang ternyata berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi Moto Guzzi di Malaysia telah melancarkan model Classic Enduro pertamanya iaitu V85 TT. Majlis pelancaran model ini disempurnakan di Rimba Valley Motor Campsite, Janda Baik yang menawarkan pemandangan cukup segar dan nyaman.
Sanyang Motor Co., Ltd atau SYM merupakan sebuah pengeluar motosikal yang sudah tidak asing lagi buat para pencinta motosikal di seluruh dunia. Menerusi pasukan R&D cukup mantap dan penuh inovasi, SYM sentiasa bersedia untuk memberikan apa yang dikehendaki di pasaran.
Model jalanan cukup mantap dari Triumph, Street Triple RS baru telah diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih mantap. Enjin tiga silinder, jentera 765cc ini menawarkan kuasa maksimum 121.36bhp pada 11,750rpm dan tork 79Nm pada 9,350mm. Street Triple RS baru ini juga menjanjikan respons yang lebih cepat dalam semua peringkat.