Ketika diperkenalkan di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang bersama model-model Suzuki yang lain pada Julai lalu, GSX-S 1000 adalah antara yang paling disukai dan diminati. Litar ini sepanjang 1,247 meter dengan kelebaran 10 meter dan mempunyai 11 buah selekoh tajam yang cukup mencabar. Walaupun baru mengenali dan mengendalikannya ketika itu, jentera naked ini mudah serasi dan senang untuk difahami.
Jujurnya, Kawasaki Versys merupakan model Kawasaki yang tidak lagi perlu diperkenalkan. Ia adalah di antara model paling popular di kalangan para penunggang motosikal kerana kebolehannnya memenuhi kehendak dan keperluan ramai. Versys sesuai untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja dan juga buat para pengembara motosikal yang ingin menikmati perjalanan ribuan kilometer di dalam maupun luar negara. Untuk itu, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) kini menawarkan tiga model Versys dengan isipadu enjin yang berbeza iaitu Versys-X 260, Versys 650 dan Versys 1000.
Empat tahun yang lalu, siri Benelli BN600 telah diperkenalkan di 'pentas' dunia dan berjaya mendapat maklum balas yang cukup positif. Model ini dikeluarkan di China oleh jenama terkenal Itali yang dimiliki oleh Qianjiang yang lebih popular di kalangan para pekerja mereka dengan panggilan QJ.
Berbicara mengenai skuter keluaran Modenas, semestinya kita sudah tidak asing lagi dengan model Elegan. Skuter ini mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan enjin bersesaran 150cc dan sememangnya ia disasarkan buat para peminat motosikal yang ingin menunggang jauh dan mengembara.