Barber Vintage Festival yang diadakan di Alabama pada 12 Oktober lalu telah dihadiri seramai 70,000 orang pengunjung. Antara tarikan utama di sini ialah model jalanan paling ikonik, ringkas dan paling berharga yang pernah dikeluarkan oleh Ducati sejak tahun 1974 lalu.
Kira-kira enam dekad yang lalu iaitu pada tahun 1957, jenama ini pernah menjadi juara dunia dalam kelas 125 dan 250cc. Pada 13 tahun lalu, model Piega V-Twin Superbike yang menggunakan enjin Honda pula telah dihentikan dan ia merupakan motosikal terakhir yang menggunakan lambang terkenal FB Mondial.
BMW R nineT Scrambler yang diperkenal di pameran motosikal antarabangsa EICMA pada November 2015 ini menawarkan rupabentuk retro, gaya yang cukup cool tetapi moden. Model ini juga mengingatkan kita pada model Boxer custom yang diasaskan daripada R nineT yang diberi nama Concept Path 22.
Tahniah buat SYM Malaysia selepas muncul antara jenama motosikal yang paling berpengaruh di Malaysia dan pastinya kejayaan ini dikecapi dengan adanya pasukan hebat yang sentiasa mampu menawarkan idea-idea bernas dan pembaharuan berkualiti seperti yang diinginkan oleh para pencinta motosikal di seluruh negara.
Sememangnya kelas Super moped empat lejang semakin mendapat perhatian dari semua lapisan peminat motosikal di Malaysia. Pelbagai ciri-ciri menarik, canggih dan berkuasa tinggi serta rupabentuk yang 'mengancam' menjadikan moped bersesaran 150cc menjadi kegilaan ramai. Di Malaysia, Suzuki adalah pengeluar pertama yang memperkenalkan Belang 150 pada tahun 2008 dan Yamaha pula memperkenalkan Y15ZR pada tahun 2015.