XJ6 Diversion merupakan model berkuasa tinggi dari Yamaha yang pertama diperkenalkan pada tahun 2011 dan dua tahun selepas itu kita ditemukan pula dengan model XJ6 versi Naked yang ternyata tampak lebih garang dan ranggi. Sememangnya jenama ini (XJ6) berjaya menambat hati para pengguna motosikal di Malaysia kerana kemantapan enjinnya, penggunaan bahan api yang jimat, rekabentuk yang ranggi dan kestabilan dalam semua jenis tunggangan.
Benelli merupakan jenama Itali yang sudah tidak asing lagi bagi para penunggang motosikal khususnya di Eropah. Kolaborasi Benelli dan Qian Jiang Group pada tahun 2009 ternyata membukan lembaran baru buat kedua-dua syarikat untuk lebih memberi tumpuan terhadap pasaran Asia. Tahniah buat Benelli Keeway Sdn Bhd yang kini berjaya menjadi jenama pilihan para peminat motosikal di Malaysia. Kita boleh lihat jentera-jentera Benelli Keeway menyusuri dengan megah di jalanan seluruh negara.
Minat kita pada motosikal ternyata berbeza antara satu sama lain. Ini kerana kita mempunyai citarasa dan kehendak yang berbeza. Ada yang minat pada kelajuan, ada pula yang mementingkan keselesaan dan pastinya ada yang suka kerana ia cukup bergaya. Percaya atau tidak, jentera ini hampir disukai dan digemari oleh setiap pencinta motosikal tidak kira dulu, kini dan mungkin selamanya. Jentera yang dimaksudkan ialah Vespa, sebuah skuter lagenda yang telah berada di pasaran dunia sejak puluhan tahun yang lalu.