Bukan sesuatu yang mudah bagi sesebuah pengeluar itu untuk terus mendapat sokongan dan kepercayaan daripada para pelanggannya. Pelbagai usaha, inisiatif, inovasi dan kreativiti perlu ditengahkan agar berjaya memenuhi kehendak dan mendapat kepercayaan daripada para pencinta motosikal di luar sana. Untuk itu, sebuah model baru yang diperkenalkan perlu mempunyai ciri-ciri istimewa agar kehadirannya mendapat perhatian para peng-guna motosikal.
Tahniah buat Chear Global Sdn Bhd kerana memperkenalkan sebuah skuter baru yang mempunyai rekabentuk unik, sporty dan cukup menarik. Dengan kerjasama di antara Chear Global Sdn Bhd dan Italjet, mesin automatik serba bergaya ini pastinya akan mendapat perhatian para pencinta motosikal di Malaysia.
Sememangnya kemampuan model sport terbaru dari Kawasaki... ZX-10R telah terbukti di jalanan biasa mahu pun di litar. Lihat sahaja kemampuan dua jagoan Kawasaki Jonathan Rea dan Tom Sykes dalam perlumbaan World Superbike Championship (WSBK). Dominasi mereka berdua amat ketara pada musim ini dan hakikatnya..... agak sukar untuk ditewaskan.
Suatu ketika dahulu jenama ini sudah agak tenggelam tetapi dengan usaha gigih seluruh pasukannya, Norton kini ternyata berjaya mengembalikan kehebatan namanya. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan British, syarikat ini telah melangkah ke satu era yang lebih meyakinkan terutamanya dengan penambahan ruang di kilang mereka yang beroperasi di Donington. Hasil daripada perancangan penuh teliti itu maka terhasillah sebuah model baru iaitu Norton Dominator 961.
Selama 15 tahun, syarikat Triumph Motorcycles terkenal dengan koleksi klasik modennya yang terdiri daripada Bonneville, Bonneville T100, Thruxton dan Scrambler. Keempat-empat motosikal ini secara kolektifnya memperkenalkan satu gaya menunggang retro yang menjadi tarikan kepada beberapa kumpulan penunggang. Antaranya kumpulan nostalgia yang teringatkan kenderaan seperti Triumph, BSA, Norton dan seangkatan dengannya, kepunyaan mereka (ataupun ayah mereka) semasa muda. Satu lagi pula kumpulan muda-mudi hipster, dengan gaya retro mereka sendiri yang inginkan tunggangan yang mencerminkan cara hidup mereka.
Model ini diperkenalkan pada tahun 2013 dan kini, selepas tiga tahun berada di pasaran.... jentera pengembaraan paling popular di Jepun, CB500X telah diperkenalkan kembali dengan nafas serba baru. Versi terkini CB500X ini dihasil berasaskan dua 'saudara’nya iaitu model berfairing penuh, CBR500R dan model jalanan, CB500F. Seperti model sebelumnya, CB500X ini juga amat berbaloi untuk dimiliki... bak kata orang putih, value for money!
Pasaran motosikal di Malaysia sekarang ini ternyata semakin hari semakin luas. Jika dahulunya kita hanya melihat penguasaan jentera-jentera moped di jalan raya tetapi kini pemandangan itu telah jauh berbeza dengan kehadiran jentera-jentera segmen yang berlainan seperti streetbike, touring bike dan skuter. Tahniah buat Yamaha yang sememangnya antara penyumbang terbanyak jentera automatik ini dalam pasaran negara.
Lihat sahaja mesin skuter, tentunya kita tidak akan menyangka ia adalah sebuah jentera Kawasaki. Kalau dibandingkan dengan jenama dari Jepun yang lain seperti Yamaha, Honda dan Suzuki, Kawasaki adalah satu-satunya pengeluar motosikal yang hanya dikenali buat sekian lama menerusi kepakarannya dalam menghasilkan jentera streetbike, sportbike, dual purpose, enduro dan sport tourer.
Confederate merupakan motosikal butik yang sentiasa menjadi pilihan insan-insan kaya dan terkenal di USA untuk memilikinya. Antara selebriti Kelas A di Hollywood yang menunggang jentera hebat ini ialah Tom Cruise, Brat Pitt, Nicholas Cage dan juga idola muzik rock, Bruce Springsteen. Keistimewaan jentera ini tentunya datang daripada rekabentuknya yang unik dan anggun. The Confederate Motor Company telah memperkenalkan sebuah unit terbaru yang sangat mengagumkan menerusi model P51 Fighter Combat dengan gaya Art of Rebellion. Ia dikuasakan oleh enjin v-kembar, berisipadu 2,163cc dengan sistem penyejuk udara/minyak S&S X-Wedge.
Cinta Pandang Pertama... satu ungkapan yang cukup sesuai digunakan pada model yang baru ditunggang ini iaitu MV Agusta Stradale 800. Bukan kami sahaja... malah setiap kali jentera ini dimatikan enjin, pastinya ada mata yang menjeling sampai mengambil telefon pintar untuk mengambil gambar. Dalam bahasa Itali, strada bererti 'jalanan' dan pastinya Stradale merupakan sebuah jentera jalanan yang menggabungkan mesin-mesin touring, dual purpose dan sport.