Pendek kata....si abang sesuai untuk semua keadaan (jalanan biasa atau laluan lasak) manakala adiknya peneman tangkas di kota yang sibuk tetapi kedua-duanya membawa satu matlamat yang sama iaitu untuk memberi rasa BEBAS dan FUN kepada si penunggang untuk bergerak, meneroka dan menikmati dunia tanpa batasan.
Dari segi gaya luaran, kedua-dua model memiliki DNA yang sama dengan model terulung mereka iaitu Aprilia RSV4. RS660 dan RS457 berkongsikan kerangka aluminium dan sistem saspensi jenis USD, jadi...dari segi 'feel' ketika menunggang terasa sama.