☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 8 Mac 2017

KTNS GP 250 Classic Motosikal Santai & Selesa

Sudah menjadi adat dan kebiasaan, kita akan menunggang dengan penuh bergaya, berfikiran tenang, terasa kacak dan matang setiap kali duduk di atas sebuah jentera retro seperti mana yang sedang kami tunggangi sekarang ini, KTNS GP 250. Sememangnya trend menunggang dan memiliki motosikal-motosikal retro seperti ini sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Lebih mengujakan apabila para penunggang retro sering mengenakan pakaian yang unik dan menarik.

KTNS telah memperkenalkan model ini sejak dua bulan yang lalu dan sudah tentu kehadirannya ke pasaran tempatan sudah mendapatkan maklum balas yang positf. Tidak kira ke mana sahaja jentera ini dibawa, pasti ia dijeling dan dirapati. Tarikan utama model

ini datangnya daripada sistem ekzosnya jenis krom yang dikemaskan di sisi kanan dan ia bukan hanya mantap untuk dipandang ya… bunyinya juga, aduh… sedap sekali. Lampu utama KTNS ini direka berbentuk bulat agar bertepatan dengan konsepnya dan ‘diperkuatkan’ dengan adanya 'fairing kecil' yang juga direka dengan bentuk retro.

Lampu belakangnya pula lebih ringkas tetapi cukup terang manakala pelindung rantai juga diberi kemasan krom. Walaupun ia adalah model Classic, rekabentuk belakang GP 250 ini direka seperti sebuah unit cafe racer yang ringkas tetapi sudah cukup memuaskan hati pasangan kita. Inilah satu lagi kebaikan memiliki jentera seperti cafe racer ini... sudah pasti ia dicipta untuk tunggangan solo. Betul tak?

Ketinggian dan jarak bar hendal dengan penunggangnya tepat, begitu juga dengan tempat pemijak… selesa sekali. Tangkinya yang besar (12 liter) memudahkan kita ‘memeluknya’ dengan rapat dan lebih kemas. Pelananya luas tetapi tidaklah selembut yang disangka – diharap pihak KTNS boleh tingkatkan tahap keselesaan pelana ini lagi. Sayang sekali kerana posisi menunggangnya memang natural dan selesa tetapi oleh kerana pelananya yang agak keras, kami terpaksa berhenti seketika di setiap 100-120 kilometer.

“Model ini diperkenalkan pada Disember tahun lalu dan sebanyak 48 unit telah berjaya didaftarkan. Tahap kualiti GP ini tidak perlu diragui lagi kerana enjinnya dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari negara China yang telah berada di dunia permotoran sejak tahun 1956 dan telah terbukti mempunyai pengalaman luas dalam pembikinan motosikal. Model ini mempunyai tiga varian iaitu Classic, Cafe Racer dan Antique. Bagi model Cafe Racer dan Antique, kedua-duanya akan berada di pasaran di hujung April atau di awal Mei 2017. Sejak diperkenalkan, sebanyak 48 unit telah didaftar dan KTNS menyasarkan untuk menjual sebanyak 900 unit untuk ketiga-tiga varian pada tahun ini,” kata En. Alan Lee, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran KTNS Holdings Sdn Bhd.

Untuk menghidupkannya, kita perlu menarik tuas klac terlebih dahulu dan seperti yang kami katakan tadi... bunyi GP 250 ini memang best! Walaupun meternya ringkas, penunjuk gear yang dilengkapkan pada model ini memang banyak membantu dan ini amat penting buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan motosikal. Walaupun ia sebuah jentera retro, tindak balas di antara pendikit dan enjinnya yang tepat amat menyenangkan. Pendikit begitu lembut... tak perlu bersusah payah memulas untuk menikmati enjin satu silinder, 249cc, sistem penyejuk udara yang menawarkan kuasa setinggi 15.4kW pada 7,500rpm dan tork 19.5Nm pada 6,000rpm.

Gear-gear terawal memang cukup mantap sekali. Dalam gear ketiga sahaja kita mampu meluncur sepantas 60km/j dengan kemas dan teguh. Memang ramai yang pada mulanya memandang rendah dengan mesin retro ini sehinggakan mereka terlupa bahawa enjin satu silinder yang menjadi jantung kepada GP 250 ini mempunyai kuasa tolakan yang mantap. Sekali pula… nah ia berlari kencangan dan jangan terkejut apabila kita dapat memintas jentera super moped dengan mudah walaupun dari segi fizikalnya nampak seperti motosikal yang dimiliki oleh generasi lama.

Casis model ini yang tegar dan mantap memberi keyakinan buat penunggangnya untuk berada kemas dan stabil di lebuhraya. Keteguhan sesebuah jentera sangat penting tidak kiralah ianya model sport atau klasik seperti ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kita terhoyong-hayang atau hilang kawalan apabila dipintas oleh kenderaan berat yang dipandu laju ataupun ketika berada di laluan angin lintang. Walaupun GP 250 ini bukan direka untuk kelajuan tertinggi tetapi ia masih mampu mencecah 130km/j dalam gear tertinggi dan yang paling dipuji ialah bar hendalnya yang terus tegap tanpa bergoyang.

Agak mengecewakan apabila mendapati panel meter model Classic ini tidak dilengkapi dengan penunjuk bahan api. Ini menyebabkan kami terpaksa memeriksa tahap peng-gunaan petrol di setiap 100 kilometer – agak menyusahkan. Panel meternya ini juga berlatar belakangkan plat besi yang memantulkan cahaya terus ke mata apabila kita menunggang di tengahari. Di harap pihak KTNS dapat mengambil perhatian di atas 'masalah' kecil ini. Walaupun begitu, tangki 12 liter GP 250 ini mampu menawarkan perjalanan lebih daripada 20 kilometer hanya dengan sekali isi.

Masuk sahaja di dalam bandar, kami sedikit resah kerana bahagian depannya agak keras dan sedikit mengganggu apabila mengendalikannya dalam kelajuan rendah atau lebih tepat dalam kelajuan sekitar 15 ke 20km/j walaupun hakikatnya GP 250 ini hanya 125kg. Kalau dalam kelajuan yang rendah, terasa agak susah untuk mengendalikannya tetapi jika memacu lebih daripada 30 km/j, barulah rasa ia lebih stabil dan sedap dibawa. Tidak kiralah menunggang perlahan atau laju, posisi menunggangnya yang selesa sentiasa menjadikan kita tersenyum.

Sistem saspensi belakang jenis spring bergas dan fork konvensional di hadapan menyerap segala hentakan dengan baik sekali. Kami dapat menyusuri pelbagai jenis permukaan jalan tanpa rasa melompat-lompat, tidak melenguhkan pinggang atau lengan. Cukup selesa! KTNS juga telah menyempurnakan model ini dengan brek-brek jenis cakera di hadapan dan belakang GP 250 – ia memang efektif dan untuk model ini, dirasakan brek belakang dapat mencengkam lebih cepat dan mantap berbanding brek hadapan.

Untuk disesuaikan dengan jentera retro, GP 250 menggunakan tayar hadapan bersaiz 110/70-17 dan belakang 130/70-17 yang tidak memberikan sedikit pun masalah di laluan lurus. Sememangnya GP 250 merupakan sebuah jentera santai, kami masih dapat berseronok dengannya walaupun di jalanan berselekoh dengan syarat, kita perlu awasi tahap kelajuan, penggunaan gear yang sesuai dan posisi badan yang betul untuk tidak terbabas. Brek enjin jentera ini ringan dan tidak begitu keras – memang cukup sesuai untuk tunggangan yang santai.

Jika kita katakan bahawa jentera retro seperti ini hanya diminati oleh mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun – ia adalah pandangan yang kurang tepat. Kami dan GP 250 ini disapa oleh sesiapa sahaja. Rata-ratanya adalah peminat retro yang terus memberi penilaian dan cadangan untuk penambahbaikan yang mungkin boleh difikirkan oleh pihak KTNS. Antaranya ialah dengan meletakkan logo (emblem) krom agar tampak lebih kemas, enjin juga lebih cantik dengan kemasan krom, lebih banyak pilihan warna (seperti merah hati, biru navy dan kuning) dan rim berjejari.

Sememangnya GP 250 Classic ini 'teman' yang cukup serasi untuk tunggangan santai. Ia ringan, mudah dikendalikan, cantik dan bergaya. Model baru ini juga pasti menarik perhatian sesiapa yang berada di sekelilinginya. Jimat? Ya... sudah tentulah. Dengan isian penuh tangki 12 liter, GP 250 boleh ditunggang sejauh 220 kilometer dengan sekali isi dan seperti sedia maklum, kadar penggunaan bahan api bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz penunggang, keadaan muka bumi dan cara tunggangan. Model ini ditawarkan pada harga RM11,600 (tidak termasuk GST, cukai jalan dan insurans) dengan jaminan waranti selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Mac 2017

Spesifikasi

Enjinempat lejang, silinder tunggal, sistem penyejuk udara
Isipadu249mm
Kuasa maksimum110kW pada 7,500rpm
Tork maksimum19.5Nm pada 6,000rpm
Penghidupelektrik
P x L x T2,050 x 780 x 1,170mm
Berat kering125kg
Isi tangki12 liter

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.