Isu Terkini

Disember 2023

Personaliti / 23 Januari 2021

Kenny Tan Kee Hooi: Cinta Pada Dua Roda Tak Pernah Padam

Orangnya peramah, berpengalaman luas dan punyai cinta mendalam tentang dunia motosikal dari dulu hingga kini. Bagi peminat motosikal khususnya di utara tanahair, nama Kenny Tan Kee Hooi mungkin sudah tidak asing lagi. Beliau merupakan seorang pemilik dan pencinta motosikal yang berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Selain dunia motosikal, Kenny yang berumur 59 tahun turut aktif dalam aktiviti riadah. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar senamrobik Jabatan Belia dan Sukan di beberapa pusat gimnasium, pemain bowling dan jurufoto. Kenny mula mengenali dunia motosikal sejak kecil tetapi minatnya berputik di usia 16 tahun dan motosikal pertama yang dinaikinya ialah sebuah Yamaha 100cc milik ayahnya.

Pada tahun 1981, Kenny yang bekerja sebagai Juruteknik di Telekom Malaysia di Ipoh (akan bersara pada Mei 2021) telah membeli sebuah Suzuki GP100 (terpakai) untuk kegunaan di tempat kerja. Dengan jentera itu juga Kenny akan pulang ke Tikam Batu setiap hujung minggu menggunakan jalan bandaran biasa (belum ada lebuhraya).

“Empat tahun kemudian, ayah hadiahkan saya sebuah motosikal baru iaitu Yamaha YPVS 125. Zaman itu Yamaha tersebut popular dengan gelaran Y Pang. Saya suka menunggang motosikal kerana ia jauh lebih seronok berbanding kenderaan lain. Kita dapat rasai kebebasan dan bertemu dengan ramai kenalan terutamanya ketika berkonvoi.”

Dari tahun 1987 hingga 1989, Kenny telah membeli tiga lagi buah motosikal iaitu Suzuki RGW 250cc, Kawasaki GPZ 600R dan Kawasaki ZXR 750H1. Menerusi dunia motosikal, Kenny telah menikmati banyak pengalaman manis seperti dipilih menjadi krew bertugas untuk konvoi terbesar di Malaysia iaitu Trans-Malaysia Biking Adventure (TMBA) anjuran RodaRoda untuk tiga tahun berturut-turut, menubuhkan kelab motosikal dan semestinyalah berkenalan dengan isteri tercinta, Ms Lily Yap.

“Untuk menjadi seorang penunggang motosikal yang baik, kita perlu bertanggung jawab, berdisiplin, mematuhi undang-undang negara dan jangan sekali-kali berlagak sombong atau suka menunjuk-nunjuk sehingga lupa diri. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan motosikal kita mempunyai cukai jalan, lesen masih hidup, enjin berada dalam keadaan baik, mengenakan pakaian menunggang yang lengkap dan mulakanlah perjalanan dengan bacaan doa.”

“Itu semua amat penting kerana salah langkah boleh menyebabkan kita dan orang lain berada dalam keadaan bahaya. Sepanjang pengalaman menunggang motosikal, saya telah berdepan dengan pelbagai insiden yang menyedihkan, termasuk kehilangan kawan-kawan yang kemalangan di depan mata.”

Kenny telah mengembara hampir ke seluruh negara dan pernah menunggang hingga ke Thailand. Apa yang penting sewaktu berkonvoi sentiasa menghormati masyarakat setempat tidak kira di mana sahaja. Kenny sering berkongsi bersama rakan-rakannya tentang tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap penunggang motosikal iaitu untuk dihormati bukan sahaja di kalangan pengguna motosikal sendiri tetapi juga oleh masyarakat. Nama baik bikers perlu sentiasa dijaga, jangan sekali-kali memburukkan keadaan.

“Selepas agak lama dengan Kawasaki ZXR750, saya terpaksa menjual motor tersebut pada tahun 1993 kerana urusan perkahwinan. Mujurlah ayah saya meminjamkan Yamaha RXZnya untuk kegunaan saya. Kemudian terpaksa dijual motor tersebut untuk membeli kereta pertama saya iaitu Daihatsu Aura (second hand) demi keluarga tercinta.”

Pada tahun 2015, Kenny telah jatuh sakit dan doktor mengatakan harapannya untuk sembuh agak tipis. Kenny memberitahu isterinya untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi kerana cukup minat dengan motosikal dan memberinya peluang sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi.

“Saya mencari motosikal yang sesuai dengan citarasa kami berdua dan mendapati model Kawasaki Z1000SX adalah yang paling laris di Eropah disebabkan ia adalah gabungan jentera sport dan touring. Power ada... bawa pembonceng pun boleh, dan ada dua kotak barang sisi yang sesuai untuk perjalanan jauh. Saya dapat menikmati kembali apa yang diidamkan dan lebih meng-gembirakan tentulah apabila doktor telah mengesahkan saya telah pulih sepenuhnya. Syukurlah... Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

“Dunia motosikal dulu dan sekarang untuk saya khususnya memang berbeza. Sebelum ini motosikal saya gunakan untuk tujuan bekerja dan ekspedisi tetapi kini lebih kepada menyertai acara-acara berkaitan motosikal yang dianjurkan. Inilah masa terbaik untuk kita bertemu dengan kenalan baru dan lama yang rata-ratanya mempunyai minat yang sama.”

Cintanya pada dunia dua roda tidak pernah hilang hingga ke hari ini. Kenny benar-benar inginkan penunggang motosikal di seluruh negara sentiasa mengamalkan tunggangan berhemah demi keselamatan diri dan orang lain. RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Warta Roda

    Seorang Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Atas Kecuaian Orang Lain

  • Warta Roda

    Tunggang Uji Ringkas Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX

  • Warta Roda

    Castrol Tawar Program Insurans Percuma Buat Penunggang Motosikal

  • Dari Litar

    Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

  • Dari Litar

    Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Artikel berkaitan

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Ezuin Esa : Cinta Pada Motosikal Perlu Keberanian

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

KUCHING: Dua peragut berputih mata selepas cubaannya meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa digagalkan orang awam.

Dari Litar

WorldSBK 2024: Race Pertama, Tempat Pertama - Pilihan Tayar Terbaik oleh Nicholas Spinelli!

Tindakan berani Nicholas Spinelli (Barni Spark Racing Team) di Litar TT Assen dalam Perlumbaan 1 menggunakan tayar jenis 'Intermediate' telah menyumbang kepada gelaran juara dalam perlumbaan pertamanya di WorldSBK.

Warta Roda

GWM Bakal Perkenal Jentera Kembara 2000cc

Pengeluar kenderaan empat roda, Great Wall Motor (GWM) bakal melancarkan model kembara eksklusif yang hadir dengan enjin 2000cc, 8 silinder dan dikatakan memiliki susunan formasi seperti enjin Honda Gold Wing.

Dari Litar

Peminat MotoGP di Itali Anggap Pedro Acosta sebagai Valentino terbaru!

Pedro Acosta telah mendapat pujiam tinggi dari masyarakat tanah air Valentino Rossi mengenai kehebatan dan masa depannya. Perbualan di Itali mengenai Pedro Acosta semakin rancak selepas kejayaan pelumba tersebut meraih podium di GP Portugal baru-baru ini dan mula membandingkannya dengan Valentino Rossi.