Isu Terkini

Februari 2024

Sudut RR / 11 Februari 2021

Laluan Motosikal Perlu Disempurnakan

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia telah memberi impak yang besar buat pertumbuhan ekonomi dan perlaksanaan PKP yang berjalan selama beberapa bulan menyebabkan banyak perniagaan terpaksa ditutup. PKP terpaksa dibuat demi menyekat penularan virus berbahaya dan pada mulanya sinar kejayaan telah mula kelihatan. Walaupun begitu, kita masih jauh untuk menang dan gembira seperti sebelum ini.

Demi memulihkan ekonomi negara, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa bantuan perangsang ekonomi dan seterusnya memberi kebenaran seluruh warga negara untuk kembali meneruskan kehidupan norma baharu dengan penjagaan SOP yang ditetapkan. Berikutan dengan wabak yang masih berada di sekeliling kita dan arahan SOP yang wajib diikuti, sektor pengangkutan terutamanya penjualan motosikal melonjak naik. Ini kerana kebanyakan warga negara terutamanya di bandar-bandar cuba untuk tidak bersesak-sesak di dalam pengangkutan awam, tidak mahu sangkut di dalam 'jem' dan ramai juga yang kini bekerja sebagai penghantar makanan.

Untuk menjamin keselamatan para penunggang motosikal yang semakin meningkat, amat diharapkan agar kondisi laluan motosikal yang telah disediakan di seluruh negara diperbaiki. Laluan motosikal kegunaan warga kota-kota besar seperti di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam masih banyak yang tidak selenggara dengan baik. Jalan berlubang, berpasir, mudah banjir, gelap dan berlumut adalah satu masalah 'kecil' yang boleh mengundang kecelakaan jika dibiarkan. Sudah banyak kes-kes kemalangan berlaku di laluan motosikal disebabkan saiz jalan dan susur masuk/keluarnya yang agak sempit. Berikutan kenaikan jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi, dicadangkan agar laluan ini dapat diperbesarkan dan memperbaiki sistem perparitannya.

Keadaan di beberapa tempat sepanjang Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Koridor Guthrie pula agak gelap dan terpinggir sehinggakan jika dirompak atau berlaku kemalangan bersendirian, amat sukar untuk meminta bantuan atau melarikan diri. Ini disebabkan laluan ini agak terpisah dengan laluan utama lebuhraya. Ramai di kalangan penunggang motosikal mengambil keputusan untuk tidak menggunakan laluan ini apabila hari sudah menjelang petang. Risau juga!

Di sesetengah laluan persekutuan seperti di Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi atau di Putrajaya contohnya, laluan motosikal ini dipisahkan dengan penggunaan cat berjalur yang lazimnya berwarna putih/hitam. Dengan adanya laluan khas ini, para penunggang motosikal digalakkan untuk menggunakannya tetapi... kebanyakan laluan ini juga tidak begitu dijaga dengan baik. Pasir, kayu, kaca, paku dan macam-macam lagi sering terbiar di laluan itu. Bagi penduduk tempatan, ia mungkin tidak bermasalah tetapi bagaimana jika laluan ini digunakan oleh penunggang luar? Tambah-tambah lagi ketika hujan atau menunggang di waktu malam.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa usaha yang dilakukan untuk menaik taraf laluan motosikal, antaranya dengan penutupan laluan tersebut jika berlaku banjir (laluan alternatif akan disediakan), penggunaan cat anti gelincir berwarna seperti merah, biru dan hijau yang memiliki erti tersendiri seperti amaran untuk berhati-hati sebelum masuk terowong, persediaan meneruskan perjalanan, keluar terowong dan sambung perjalanan dengan selamat.

Bagi laluan yang gelap, pepaku jalan yang lengkap dengan pemantul cahaya turut disediakan agar memberi penambahan pencahayaan buat para penunggang. Sebagai pengguna motosikal, kita janganlah terlalu berharap sebaliknya terus memahirkan diri dan sentiasa amalkan tunggangan yang berhemah. Jangan lupa untuk mengenakan pakaian yang selamat dan sesuai untuk setiap perjalanan. Pastikan juga motosikal kita berada di dalam keadaan sempurna... periksa lampu, brek, lampu isyarat, tayar, bahan api, kondisi rantai dan keadaan enjin sebelum melompat naik ke atas motosikal masing-masing.

Selamat Menunggang dan Sentiasa Berwaspada Di Atas Jalan Raya. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan Bahadin
Ketua Pengarang

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Lima individu cedera termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Warta Roda

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini maut selepas motosikal ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu.

Model Baru

KTM Lancar 4 Model Duke Baru...Harga Bermula RM22,500...

KTM Malaysia baru-baru ini telah melancarkan bukan satu..bukan dua...tetapi empat model terbaru yang terdiri daripada siri Duke iaitu 250 Duke, 390 Duke, 990 dan 1390 Super Duke R.

Warta Produk

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 penubuhan GIVI Asia, pengeluar aksesori terkemuka itu telah melancarkan kotak simpanan aluminium terbaharu iaitu “THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE”.