Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 1 Januari 2022

Tingkatkan Keazaman, Hadapi Cabaran Dengan Bijaksana

Selamat tinggal 2021... Tahun yang penuh dengan cabaran dan ujian buat hampir setiap insan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Wabak Covid-19 pelbagai varian terus menghantui kita yang sebenarnya baru cuba merangkak sedikit demi sedikit. Impak daripada penularan wabak ini bukan sahaja telah meruntuhkan ekonomi malah menjejaskan mental dan kehidupan harian kita.

Selepas hampir tiga tahun sejak Covid-19 menyerang dunia, sedikit sebanyak kita sudah tahu bagaimana untuk 'berinteraksi' dan berdepan dengannya. Selain program vaksinasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan, sikap dan peranan kita sendiri terhadap situasi getir ini amatlah penting. Jika kita fahami betul-betul, cara untuk terus kekal sihat dan selamat tidaklah begitu rumit dan menyusahkan. Budayakan CAPP iaitu Cegah, Amalkan, Patuhi dan Pantau.

Patuhi SOP sebaik mungkin dengan meneruskan Amalan 3W dan Elakkan 3C. Apa benda tu? 3W membawa maksud WASH Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan hand sanitizer, WEAR Pakai pelitup muka dan WARN Jaga penjarakan fizikal.

3C pula ialah CROWDED Elak ke tempat yang sesak, CONFINED Elak tempat sempit dan CLOSE Elak sembang atau bercakap dengan jarak yang dekat. Cuma kadang-kala nasib kurang menyebelahi kita seperti contoh, anak ke sekolah... cikgu atau kawan lain positif Covid-19, maka kita boleh diklasifikasikan sebagai ‘Kontak Rapat.’ Tenang dan uruskan betul-betul.

Dengan terhapusnya Larangan Merentas Negeri dan pembukaan 100% sektor perniagaan, ekonomi mula berkembang. Walaupun sangat perlahan tetapi harapannya tetap ada. Namun begitu, kini timbul pula masalah lain.

1. Jalan raya dan lebuhraya semakin sesak setiap kali tiba hujung minggu, lebih teruk apabila hujung minggu bersambung dengan cuti umum. Perjalanan biasa yang mengambil masa sekitar dua jam telah menggila sehingga tujuh atau lapan jam. Ini menyebabkan berlakunya kemalangan dan pergaduhan disebabkan tahap kesabaran yang kian menipis.

2. Destinasi percutian dan tempat peranginan penuh dengan tempahan sehingga berbulan lamanya. Para pengunjung pula ada ketikanya sudah lupa pada segala SOP akibat terlalu teruja dapat bercuti.

3. Penganjuran konvoi motosikal yang kini 'meriah' dengan pelbagai isu. Benar, kita dan kawan-kawan motor juga ingin berjumpa, bermotor dan sama-sama cuba hilangkan tekanan tetapi ada ketikanya sehingga menyebabkan pengguna jalanraya lain kurang selesa. Paling kita risau jika boleh menyebabkan kemalangan atau perkelahian. Nanti holiday pun dah tak best!

4. Berlakunya penipuan di kalangan para peniaga yang ada di antaranya cuba mengambil kesempatan. Ini memang sedih sekali kerana rezeki tidak ke mana, ia ketentuan Yang Maha Kuasa. Mengapa perlu menipu semata-mata kerana keuntungan yang tidak kekal. Lebih baik bertimbang rasa dan pasti lebih ramai pelanggan yang akan datang.

5. Tempat perkhemahan dan hutan simpan penuh dengan kaki camping yang sekarang ini tumbuh bagaikan cendawan. Jika alam dijaga dengan baik, tak ada masalah tetapi sedihnya apabila sampah dibuang sesuka hati. Cinta alam apa macam tu?

Sebagai peminat dua roda, teruskanlah menjaga nama baik kita tidak kira ke mana sahaja kita pergi. Berkonvoi memang seronok tetapi tidak perlulah angkuh dan sombong hanya kerana kita menunggang jentera berkuasa tinggi. Jangan pula berlagak gangster dengan mempertontonkan pelbagai aksi hanya kerana bilangan ahli kita ramai.

Tahun baru menjelma lagi, biarlah tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini. Jadilah seorang penunggang motosikal yang berdisiplin dan berhemah. Biar martabat penunggang motosikal terus tinggi dan tidak dicemari oleh perangai buruk sesetengah daripada kita. Mungkin kekhilafan itu tidak disengajakan dan telah pun diperbetulkan. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Jaga motosikal masing-masing dengan melakukan penyelenggaraan berskala. Setiap kali ingin berkonvoi, periksa lampu, brek, rantai, tayar dan minyak pelincir. Servis terlebih dahulu jika ingin menunggang jauh. Bila motosikal dalam keadaan tip-top, baru yakin nak ke mana sahaja. Tak lupa juga, kenakan pakaian yang sesuai sekurang-kurangnya pakailah topi keledar yang berkualiti, jaket, sarung tangan, seluar dan kasut yang sesuai untuk bermotor. Sekarang nak beli pun mudah dan murah.

Sudah waktunya untuk melupakan masa lalu dan melangkah ke hadapan dengan penuh semangat. Semoga 2022 menjadi salah satu detik yang luar biasa. Selamat menunggang dan selamat menyambut tahun baru. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

enunggang motosikal parah terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15.2 meter (m) selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 445.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara.

Model Baru

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

Triumph Motorcycles telah memperkenalkan Speed ​​Triple 1200 RX baru, versi eksklusif untuk 2025. Model ini terhad kepada hanya 1200 motosikal di seluruh dunia.

Dari Litar

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish bangkit dalam perlumbaan kedua dengan menamatkan saingan di kedudukan lima teratas.

Warta Roda

Samun Kedai Runcit 24 Jam Guna EX5 Bapa

Seorang pemuda ditahan selepas menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jertih, Terengganu.