Isu Terkini

Februari 2024

Sudut RR / 25 September 2020

Persediaan Hadapi Musim Hujan

Menurut tinjauan cuaca jangka panjang yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, fasa peralihan monsun dijangka bermula pada Oktober 2020. Sepanjang tempoh ini, negara dijangka mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan hujan dan ribut petir serta angin kencang yang kerap berlaku pada lewat petang dan awal malam terutamanya di negeri-negeri di pantai barat dan pendalaman Semenanjung, Pantai Barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Bagi bulan Oktober, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150mm hingga 450mm. Kebanyakan kawasan di Sarawak juga dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 450mm. Manakala di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 100mm hingga 500mm, kecuali di Kudat dan Sandakan yang dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 200mm hingga 400mm.

Menerusi kajian cuaca tersebut dan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia sudah pasti lebih tahu bahawa negara akan berdepan dengan musim hujan yang agak lebat beserta ribut petir pada waktu petang dan awal senja. Ada kalanya hujan akan berlarutan hingga ke tengah malam. Berikutan dengan itu, kita sebagai pengguna motosikal perlu bersedia dari segi fizikal dan mental agar perjalanan lebih selamat. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh para penunggang motosikal ialah:

PAKAIAN YANG SESUAI – ini amat penting! Keadaan cuaca yang gelap dan air hujan akan menghadkan pemandangan para pengguna jalan raya pada kadar minimum. Oleh itu, kenakan baju atau jaket, sarung tangan dan topi keledar yang berwarna terang. Biarlah kedudukan kita mudah dilihat. Untuk mengelakkan diri daripada kesejukan melampau, miliki set baju hujan yang lengkap, kalis air dan berkualiti tinggi. Jenama seperti GIVI merupakan pakar dalam menangani masalah cuaca. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah set baju hujan seperti PRS01.AX, CAMO01.AH (terbaru), RRS04.AX, Pelindung Kasut SC02-N, Topi Keledar M50.2 dan banyak lagi.

Penyimpanan barangan bersaiz kecil dan sederhana ke dalam kotak simpanan barang juga baik demi mengelakkan ianya daripada basah. Kotak barang seperti GIVI B32N Bold dan Antartica B42N ternyata semakin mendapat perhatian di kalangan para pengguna motosikal kerana ia benar-benar sesuai untuk semua jenis cuaca. Jadi... rakan-rakan yang belum memasang kotak barang tu kenalah fikir masak-masak agar barangan penting seperti telefon pintar, beg duit dan barangan elektronik seperti laptop tidak rosak.

PERIKSA MOTOSIKAL – lakukan pemeriksaan terhadap jentera masing-masing dengan teliti. Periksa keadaan tayar, perhati bunga tayar sama ada masih mampu memberi cengkaman pada permukaan jalan atau tidak. Tidak lupa juga pada sistem brek di depan dan belakang – pastikan kedua-duanya berfungsi dengan baik. Oleh kerana hujan juga menghasilkan bunyi yang kuat, penggunaan hon juga penting agar kenderaan hadapan atau dari sisi sedar akan kehadiran kita.

Agak pelik mengapa masih ramai di kalangan pengguna motosikal yang berani menunggang di waktu-waktu begini tanpa ada lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat. Lebih mengecewakan apabila ada juga yang menunggang tanpa sebarang lampu sambil membawa isteri dan anak. Sayangilah keluarga anda dan lindungilah mereka sebaik mungkin ketika berada di jalan raya.

TUNGGANG DENGAN BERHEMAH – kawal pergerakan motosikal kita mengikut keadaan jalan dan cuaca. Janganlah memecut laju 'bagaikan lipas kudung' ketika hujan lebat dan di permukaan yang basah. Kita bukannya Khairul Idham Pawi atau Hafizh Syahrin... Pelumba MotoGP yang menunggang mesin bernilai jutaan ringgit pun mengurangkan kelajuan mereka ketika beraksi di dalam hujan.

Selain mengawal tahap kelajuan, penunggang juga perlu mengekalkan jarak yang selamat agar dapat membrek dengan cepat atau mengelak jika berlakunya situasi yang tidak diingini. Penunggang juga perlu lebih berwaspada apabila tiba di persimpangan. Banyak kemalangan berlaku di tempat-tempat seperti ini kerana beberapa masalah seperti brek yang kurang efisien, kadar penglihatan yang terhad, kerosakan lampu isyarat dan sikap tergopoh gapah. Perlahankan kelajuan apabila tiba di suatu persimpangan, pantau keadaan sekeliling dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PILIH LALUAN YANG SELAMAT – seboleh-bolehnya, elakkan daripada mengharungi kawasan banjir. Ini kerana terdapat kotoran, sisa sampah, kayu, besi, kaca dan banyak lagi yang tenggelam di dalam air boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan. Elak juga daripada melalui kawasan berlopak atau berlubang kerana apabila ia dipenuhi air, amat sukar untuk kita pastikan kedalamannya. Salah langkah memang buruk padahnya. Harus kita ingat juga, palam pencucuh mudah basah jika kita berdegil mengharung banjir. Jika ia berlaku, motosikal akan berhenti/mati di tengah-tengah kawasan banjir.... kan susah dibuatnya!

Jika baru hujan, jangan terus keluar. Tunggu dahulu seketika agar air hujan dapat 'mencuci' segala kotoran, minyak atau pasir yang berada di tengah-tengah laluan. Tindak balas antara minyak dan air di permukaan jalan memang cukup licin dan sangat berbahaya. Elakkan juga daripada berhenti atau berada di laluan garisan bercat kerana ia sangat licin apabila hujan.

Pihak lebuhraya telah menyediakan tempat berteduh khusus untuk para penunggang motosikal. Untuk keselamatan jiwa, cari dan pilihlah tempat yang disediakan untuk memberhentikan enjin. Jangan 'lepak' di bawah jejambat atau jambatan yang amat dikhuatiri tidak selamat. Perlu diingatkan sekali lagi, kadar penglihatan yang terhad di waktu hujan dan gelap boleh menyebabkan kita dilanggar oleh kenderaan berat. Percayalah rakan-rakan sekalian, sudah banyak nyawa melayang kerana ini.
 

Kepada para pengguna kenderaan empat roda dan lebih, diharaplah agar menurunkan kelajuan ketika menghampiri kawasan ini (bawah jejambat) kerana berkemungkinan besar, masih ramai yang mengambil jalan mudah untuk berlindung di kawasan ini.

Stesen minyak juga adalah tempat yang cukup sesuai untuk berlindung dan berehat. Stesen minyak bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menambah petrol atau pelincir, di sini juga menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman panas/sejuk yang boleh dinikmati sementara menunggu hujan berhenti.

Didoakan agar perjalanan kita selamat dan sebagai seorang penunggang motosikal yang bertanggung jawab, segala persiapan untuk berdepan dengan cuaca mencabar wajar dilakukan sebelum kita menghidupkan enjin. Sediakan Payung Sebelum Hujan... Selamat Menunggang. RR

Salam mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 penubuhan GIVI Asia, pengeluar aksesori terkemuka itu telah melancarkan kotak simpanan aluminium terbaharu iaitu “THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE”.

Warta Roda

Castrol Tawar Program Insurans Percuma Buat Penunggang Motosikal

Castrol dengan bangganya telah memperkenalkan satu inisiatif khas buat penunggang motosikal iaitu "Program Insurans Percuma".

Warta Roda

HLYM Perkenalkan Warna Baru Yamaha NVX 2024

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan empat warna terbaru untuk Yamaha NVX 155.

Model Baru

Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Untuk tahun ini, satu lagi siri Edisi Terhad telah diperkenalkan oleh Harley-Davidson (H-D) iaitu Tobacco Fade Enthusiast Collection untuk tiga model iaitu H-D Low Rider ST, Ultra Limited dan Tri Glide Ultra.