☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 Mei 2016

Menungganglah Dengan Bijak Di Musim Kemarau

Seperti yang sedia maklum, negara kini sedang dilanda cuaca panas berikutan daripada fenomena El-Nino yang kuat. El-Nino merupakan keragaman iklim (climate variability) yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh 2 hingga 7 tahun. Keadaan ini boleh mengakibatkan berlakunya gelombang haba yang mampu membawa risiko kesihatan hipetermia (strok haba) dan dehidrasi.

Menurut rekod yang dicatatkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 11 April lalu, kadar suhu yang ditunjukkan pada beberapa buah bandar di Malaysia seperti Alor Setar, Batu Embun, Chuping, Ipoh, Lubok Merbau, Petaling Jaya, Subang, Temerloh, Kuala Krai, Kuala Pilah, Senai, Muadzam Shah, Keningau dan Limbang kini berada pada tahap yang membimbangkan iaitu sekitar 35.5°C hingga 39.2°C iaitu di Batu Embun, Pahang pada 10 April lalu.

Kemarau yang membimbangkan ini mula memberi kesan kepada masyarakat tidak kira di mana sahaja. Pada awal bulan April lalu beberapa sekolah di Kedah terpaksa ditutup berikutkan suhu yang semakin meningkat dan pada 11 April, tiga lagi lokasi sekolah iaitu di seluruh negeri Perlis, Jerantut dan Temerloh telah diarahkan tutup berikutan suhu tertinggi telah melebihi 37°C.

Bagi mereka yang terlibat dalam sektor penternakan ikan dan pertanian, para pengusaha sudah mula resah dan ternyata impaknya terhadap kadar penjualan agak membebankan. Masalah yang sama juga terpaksa dihadapi oleh para penduduk di bandar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunggang motosikal ke tempat kerja dan mereka yang bertugas di luar pejabat. Cuaca panas ini bukan sahaja mengganggu kesihatan tetapi juga mental dan keperibadian diri seseorang itu.

Bagi pencinta motosikal, mungkin di kala ini segala program berkonvoi atau perhimpunan perlu difikir dan dianjurkan dengan lebih teliti terutamanya dari segi lokasi serta kemudahan asas seperti bilik mandi, tempat rehat berbumbung dan simpanan stok air untuk tujuan minuman.

Bagi penunggang motosikal, terdapat beberapa tip yang boleh dikongsi bersama untuk kita kekal sihat dan cergas. Antaranya dengan minum lebih banyak air dan menambah kekerapan untuk berehat jika berkonvoi. Air isotonik atau air berkarbonat juga boleh diminum tetapi pada kadar yang sihat dan tidak terlalu banyak. Jangan berada terlalu lama di atas lebuhraya atau pilih untuk menggunakan jalan-jalan luar bandar yang lebih sejuk dan segar. Jika berhenti, jangan terus berlari mencari kedinginan sistem pendingin udara kerana perubahan suhu secara mendadak boleh menjadi penyebab demam.

Pemilihan pakaian juga penting agar selesa, sihat dan selamat. Pilih jaket atau seluar menunggang yang mempunyai liang-liang udara yang membenarkan pengaliran udara bagi tujuan menyejukkan tubuh badan dan menghilangkan kelembapan dengan cepat. Pemakaian bandana basah dan neck cooler juga disarankan agar kita tidak terlalu kering.

Rancang setiap perjalanan dengan cermat. Pilih waktu-waktu sesuai untuk memulakan perjalanan. Lebih baik waktu awal pagi kira-kira dari jam 6.30 pagi hingga jam 11.30 pagi sebelum matahari mula membakar. Selain panas dan tidak selesa, waktu ini juga sinar ultraviolet (UV) semakin meningkat yang boleh mengakibatkan kanser kulit. Ketika matahari terik, sudut dan jarak pandangan kita juga terhad dan ini cukup berbahaya ketika berada di jalanraya terutama di persimpangan dan jalan-jalan lama. Oleh itu, cuba elakkan daripada menunggang di waktu ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Maklumat pada 19 Mac lalu, cuaca panas ini berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Tidak kiralah sama ada kita menunggang di dalam keterikan matahari atau hujan lebat, tungganglah dengan bijak agar dapat tiba di setiap destinasi dengan selamat.

Selamat menunggang. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.