Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 4 April 2022

Tayar Cheetahking KIN 6240 - Luar Jangkaan

Sehingga artikel ini ditulis, kami telah menunggang uji tayar berjenama Cheetahking sejauh 2,450 kilometer dalam masa tepat satu bulan yang merangkumi pelbagai jenis laluan, permukaan jalan dan cuaca. Daripada pengalaman memacu jentera bersama tayar ini, kami cukup kagum dengan tahap cengkamannya khusus untuk model KIN 6240.

Cheetahking diedarkan oleh Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd yang telah berada di persada pasaran pelincir dan tayar automobil sejak tahun 1968 lagi. Tayar-tayar keluaran Cheetahking terdiri daripada Tayar Berprestasi Tinggi (High Performance Tyres), Tayar Berprestasi (Performance Tyres) dan Tayar Lasak (Off Road – Trail Tyres).

Tayar yang diuji ini (KIN 6240) bersaiz 90/80-17M/C (38P) di depan dan 120/70-17M/C (58P) di di belakang. Model yang diuji ini adalah dalam keluarga Tayar Berprestasi Tinggi termasuk beberapa model lain seperti KIN 08, KIN 88, KIN 100, KIN 200, KIN 900, KIN 6170 dan KIN 72.

Untuk KIN 6240, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu jenis tiub dan tanpa tiub. Model ini disempurnakan dengan sebatian Medium Hard yang dinyatakan memiliki daya kemampuan untuk perjalanan sejauh 10,000 kilometer.

KIN 6240 ini memiliki corak bunga yang berbentuk seperti 'kilat' yang bukan sahaja cantik tetapi menawarkan tahap cengkaman yang lebih baik khususnya pengaliran air sewaktu berada di permukaan basah.

Prestasi tayar Cheetahking ini di waktu panas dan di jalan yang kering cukup mengagumkan. Selain menggunakannya sepanjang hari untuk perjalanan bertugas sejauh 72 kilometer (pergi-balik), kami turut menguji tahap cengkamannya di lebuhraya dan di laluan -laluan berliku.

Bunga tayar Cheetahking KIN 6240 memiliki kawasan 'footprint' yang besar untuk lebih cengkaman dan ia cukup membantu pengendalian di laluan berselekoh lebih yakin. Ketika berada di jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kami betul-betul seronok dapat mengambil setiap selekoh dengan agak laju.

Kami menukar laluan menuju ke Temiang – Pantai – Pajam. Sempat juga melalui kawasan kampung yang baru dinaiki air. Jalan yang masih berair dan lumpur memerlukan cengkaman tayar dan kawalan jentera yang baik. Namun begitu, apabila berada di kawasan begini, logiknya kita pasti akan memperlahankan kelajuan tidak kiralah sedang menggunakan tayar apa sekali pun. Jangan sengaja cari penyakit.

Begitu juga apabila menunggang di dalam hujan, tahap cengkaman tayar menjadi lebih rendah dan untuk KIN 6240, ia bukanlah dicipta khas untuk lebih cengkaman di dalam hujan. Ini kerana rekacorak bunga tayarnya yang memang lebih sesuai dan selamat di jalan-jalan kering.

Namun begitu, Cheetahking turut memiliki tayar yang lebih sesuai untuk tunggangan dalam hujan seperti KIN 6170 (jenis tiub/tanpa tiub). KIN 6170 diberi gelaran 'King of The Rain” kerana tahap pengaliran air pada bunga tayarnya cukup efisyen.

Sedikit perkongsian tentang cara menunggang di dalam hujan dengan selamat. Selain menggunakan tayar berkualiti, kita juga perlu awasi beberapa perkara seperti:

  1. Elak daripada berada di atas Garisan Bercat terutama sekali ketika di jalan berselekoh atau ketika berhenti dengan tiba-tiba. Garisan Bercat ini sangat-sangat licin.
  2. Elak menunggang laju di jalan permukaan konkrit seperti di kawasan perniagaan atau pusat komersil atau di lorong memandu/menunggang dalam kondominium.
  3. Jika ingin menyambung semula perjalanan

selepas hujan, jangan terburu-buru. Keadaan permukaan jalanraya selepas hujan agak berbahaya. Terdapat banyak sampah, kesan tumpahan minyak, pasir, kaca dan lain-lain.

Memecut laju di selekoh panjang Lebuhraya Karak tidak memberikan sebarang masalah. Kita dapat rasakan gigitan tayar ini yang cukup baik di laluan sebegini termasuklah apabila kita menarik tuas brek dengan keras. Melekat!

Secara keseluruhannya, Cheetahking memiliki produk tayar yang cukup mantap dan dijual pada harga mampu milik. Kami dah rasa lebih daripada 2,000 kilometer dengannya dan perjalanan tidak terhenti di sini, masih ada banyak tempat akan kami terokai dengan Cheetahking selepas ini.

Harga untuk tayar-tayar Cheetahking adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM180 bergantung kepada saiz dan model. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Dari Litar

    Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

  • Dari Litar

    Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

  • Dari Litar

    Francesco Bagnaia Tandangani Kontrak 4 Tahun Bersama Aprilia

  • Warta Roda

    Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

  • Model Baru

    Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Artikel berkaitan

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

YOHE - Jenama Topi Keledar Terbaru Di Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

Morbidelli terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pelancaran tiga model baharu iaitu SC200SR, ViZY 125 dan C252V

Warta Roda

Mforce Moto Xperience 2026 - Himpunkan Lebih 100 Motosikal

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencuri perhatian peminat dua roda menerusi penganjuran Mforce MotoXperience 2026 yang menampilkan lebih 100 jenis motosikal.

Dari Litar

Marc Marquez Cipta Sejarah di GP Hungary

Marc Marquez mencipta satu lagi sejarah apabila meraih kemenangan buat kali ke-100 dalam karier Grand Prix selepas muncul juara pada perlumbaan MotoGP Hungary 2026.

Pandu Uji

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Kemunculan GSX-8TT memperluaskan lagi barisan model Suzuki berasaskan enjin parallel-twin 776cc yang merupakan sebuah model dengan gaya retro.