☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Jun 2019

Pelincir Terbaru Grantt Quadra Diperkenalkan

UMW Grantt International Sdn Bhd telah melancarkan pelincir terbaru iaitu Grantt Quadra SAE 10W-50 Racing 4T pada awal Mei lalu. Bertempat di Litar Elite Speedway, pelincir terbaru di pasaran ini telah diperkenalkan oleh Ketua Serantau Bahagian Pelincir, UMW M&E Sdn Bhd, En. Anas Nasrun Mohd Osman ditemani oleh Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, En. Mohd Asri Jusoh.

“Penambahan terbaru kepada barisan pelincir Quadra ini adalah hasil kebijaksaan para jurutera kami yang berdedikasi, pakar teknikal dan seluruh kumpulan yang menjayakan pembangunan produk ini. Di Malaysia, jentera dua roda merupakan pengangkutan paling penting dan popular di kalangan para pengguna jalan raya. Dengan enjin yang dibangunkan menjadi lebih maju dan efisien, ia memerlukan penjagaan dan perlindungan berterusan agar prestasi terus cemerlang. Menerusi Quadra SAE 10W-50 Racing 4T, enjin motosikal akan mendapat perlindungan yang sewajarnya,” kata  En. Anas Nasrun.

Pelincir terbaru ini merupakan jentera sintetik penuh yang disempurnakan daripada teknologi Patented Ester yang direka khas untuk semua jenis enjin empat lejang termasuk di jalanan biasa, berprestasi tinggi, jentera sport dan enjin empat lejang yang lain. Quadra SAE 10W-50 Racing 4T juga direka untuk disesuaikan dengan enjin yang menggunakan sistem sejukan cecair mahu pun udara.

Teknologi Patented Ester bukan sahaja menawarkan tahap efisiensi tertinggi pada prestasi enjin tetapi juga melancarkan sistem transmisi dan klac agar tunggangan lebih lancar pada semua keadaan. Pelincir ini juga membersihkan dan mengurangkan geseran dalam enjin, menjadikan kadar emisi rendah dan semestinya perlindungan terbaik. Quadra SAE 10W-50 Racing 4T ditawarkan dalam pek 1 liter dan berharga RM59.00 (semenanjung Malaysia) dan RM60.00 (Sabah & Sarawak).

Pengenalan kepada Grantt Quadra SAE 10W-50 Racing 4T ini merupakan penambahan kepada pelincir Quadra yang sudah pun berada di pasaran seperti Quadra 4T SAE 10W-40, Quadra 4T SAE 15W-50, Quadra 4T SAE 20W-40, Quadra 4T SAE 40 dan Quadra 2T.

Pelincir Grantt dirumus dan dihasilkan di kilang yang mendapat sijil ISO 9001 di Shah Alam. Kilang ini juga dilengkapi dengan makmal bertauliah ISO/IEC 17025 yang lengkap serta menepati keperluan syarat R&D dan menerima pengiktirafan rasmi dari American Petroleum Institute (API) dan European Automobile Manufacturers' Association (ACEA) dan keperluan utama OEM.

Untuk jadikan majlis pelancaran ini lebih meriah, ia telah diadakan bersempena dengan acara trackday di litar berikut pada masa yang sama. Ini memberi peluang buat para penunggang motosikal yang hadir untuk melihat dan membeli produk-produk Grantt Quadra yang ditawarkan. Dengan pengalaman luas dalam dunia minyak pelincir, jenama ini sememangnya dipercayai oleh semua jenis penunggang tidak kira berkuasa tinggi, sederhana atau rendah. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.