☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 21 Februari 2023

GIVI Memperkenalkan Solusi Simpanan Barang bagi Honda ADV160

Pembuat barangan motosikal terulung, GIVI, telah memperkenalkan solusi simpanan barang bagi Honda ADV160.

Skuter Honda ADV150 boleh dilihat di mana-mana sahaja di Malaysia sejak dilancarkan pada 2021. Terbaru, BSH telah pun memperkenalkan ADV160 yang memiliki spesifikasi dan rekabentuk yang lebih padu. Seperti model terdahulu, model 160cc ini memberikan pengalaman menunggang beserta pelbagai kemudahan motosikal jenis skuter seperti transmisi automatik dan ruang penyimpanan barang di bawah pelana.

Namun kita kadang-kala memerlukan lebih banyak ruang penyimpanan oleh kerana beberapa sebab seperti kita memakai helmet full-face berbanding dengan yang jenis jet, hendak membawa komputer riba, ditambahkan lagi dengan baju hujan dan lain-lain. Ini belum termasuk barang-barang yang kita hendak bawa apabila kita pulang ke kampung halaman untuk Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. (Maaf yer, kita kenalah merancang ke hadapan, kan?)

Oleh yang demikian, ayuh kita lihat rangkaian aksesori motosikal GIVI yang sesuai untuk dipadankan dengan motosikal Honda ADV160 anda.

  • Boks ini merupakan yang terbaharu setakat ini daripada GIVI dan berbentuk segi empat seperti E43 “Mulebox” yang begitu popular sebelum ini.
  • Kapasiti 45 liter membolehkan kita menyimpan 2 helmet jenis full-face, serta barang-barang kecil seperti baju hujan.
  • Sistem kunci Micro 3 yang mudah digunakan dan selamat.
  • Boks ini kalis hujan kerana terdapat jalur getah EPDM di sekeliling kedua-dua belah bukaan bagi menahan air.
  • Seperti biasa, boks-boks polimer GIVI dibuat dengan menggunakan bahan Technopolymer yang kukuh dan tahan lama.
  • Terdapat juga versi B45NM-ADV yang lengkap dengan jaring elastik.

Rak ini direka khas buat Honda ADV160 dan ia telah siap dipasang dengan lampu belakang tambahan dan brek. Rak motosikal ini juga boleh menampung berat maksimum sehingga 5kg.

Motosikal jenis skuter dan kapchai mempunyai satu ruang besar di antara “tengkuk” motosikal dan bahagian depan pelana. Jadi ruang ini boleh digunakan sebaik-baiknya untuk membawa barang, tetapi bakul tidak sesuai untuk dipasang pada skuter.

  • Beg GIVI EA135 ini mudah dipasang pada skuter serta ditanggalkan untuk dibawa bersama apabila kita sampai di destinasi.
  • Kapasiti 15 liter.
  • Diperbuat daripada poliyester 600D yang kuat dan tahan lama.
  • Sarung hujan warna kuning terang disediakan.
  • Dua poket kecil dan satu poket besar.
  • Penutup bahagian atas dengan jaringan elastik.
  • Tali untuk membawa beg di bahu.
  • Tali-tali untuk mengikat beg kepada motosikal.

Kunjungilah laman web rasmi GIVI atau laman social rasmi Facebook GIVI Malaysia untuk dapatkan maklumat serta info-info menarik rangkaian aksesori motosikal GIVI.

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).