☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 12 Mei 2023

Sinopec Lubricant Malaysia Perkenalkan Minyak Pelincir Motosikal Sinopec X-Series

Sinar Puncak Sdn Bhd yang merupakan pengedar sah untuk minyak pelincir motosikal Sinopec di Malaysia telah memperkenalkan rangkaian Minyak Pelincir Motosikal Sintetik iaitu SINOPEC X-Series. Pelancaran minyak enjin ini telah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Sinar Puncak Sdn Bhd, En. Andy Lee bersama Ketua Wakil Malaysia & Brunei SINOPEC LUBRICANT, En. Li Chen Ming yang diadakan di Gocycle Xperience Lab (Penang).

Dari kanan: En. Andy Lee & En. Li Chen Ming melancarkan rangkaian Minyak Pelincir Motosikal SINOPEC X-Series.
Dari kanan: En. Andy Lee & En. Li Chen Ming melancarkan rangkaian Minyak Pelincir Motosikal SINOPEC X-Series.

Rangkaian Minyak Pelincir Motosikal Sintetik SINOPEC X-Series yang serba baru ini didangkan dalam dua versi iaitu untuk jentera bertransmisi manual yang mempunyai label di bahagian belakang botol (SN/MA2) manakala untuk motosikal automotik (SN/MB). Kedua-dua minyak pelincir ini dirumus dengan minyak asas teknologi sintetik sepenuhnya dan sistem tambahan pelbagai fungsi. Ianya memenuhi piawaian Japanese Automotive Standards Organization (JASO) sebagai produk berkualiti JASO MA2 dan JASO MB. Pada masa yang sama, minyak enjin ini turut menepati nilai American Petroleum Institue (API SN).

Minyak Pelincir SINOPEX X-Series merangkumi pelbagai jenis pelincir untuk enjin bertransmisi manual dan automatik. Untuk enjin manual antaranya ialah SINOPEC XPLORE 10W-30 Semi Synthetic (RM35.00), SINOPEC XPLORE 10W-40 Semi Synthetic (RM35.00) dan SINOPEC XTREME Fully Synthetic (RM45.00). Manakala untuk enjin automatik ialah SINOPEC XTRA 10W-30 Semi Synthetic (RM30.00), SINOPEC XTRA 10W-40 Semi Synthetic (RM30.00) dan SINOPEC XTRA 5W-40 Fully Synthetic (RM40.00).

Sebagai peneraju dalam industri perkhidmatan alat ganti dua roda dan pakaian, Sinar Puncak Sdn Bhd merupakan yang pertama menganjurkan kempen Minyak Rahmah RM5 untuk minyak pelincir motosikal. Kempen tersebut telah diadakan pada 5/5/2023 jam 5:55pm di bengkel terpilih dan juga dalam talian di mana sebanyak 555 botol Minyak Rahmah habis dijual dalam masa satu jam sahaja.

Bagi mereka yang berminat, barisan Minyak Pelincir Motosikal SINOPEC X-Series boleh didapati di semua pengedar sah SINOPEC dan juga dalam talian: https://gomoto.com.my/collections/sinopec-lubricant. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.