☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 26 Mei 2023

Visiodry Pro - Adakah ini Produk yang Dicari-cari Selama Ini?

Penulis ini telah menunggang motosikal selama 35 tahun (secara "halal" iaitu dengan berlesen) tetapi masih dibelenggu dengan masalah air hujan melekat pada visor helmet4 dan menyebabkan kesulitan untuk melihat jalan ketika hujan lebat. Dia telah mencuba berbagai produk namun tiada satu pun yang boleh memuakan hati kerana air tetap melekat. Kini, sebuah syarikat Perancis, Surfactis Technologies telah memperkenalkan satu produk yang dinamakan Visiodry Pro yang dikatakan dapat menghalang air daripada melekat pada sesuatu permukaan yang telah dirawat dengannya.

Menurut mereka, produk ini telah melalui penyelidikan dan perkembangan selama 6 tahun, dan telah mendapat dua paten (hak rekacipta). Visiodry membuatkan sesuatu permukaan pepejal menjadi superhyrdrophobic (menolak air dengan sangat berkesan) kerana titisan air akan melantun daripada sesuatu permukaan tanpa melekat langsung. Oleh itu, ia amat sesuai untuk aplikasi motosikal, khususnya visor topi keledar, serta cermin pandang belakang. Penyelidikan mereka juga mendapati bahawa air hujan juga tidak melekat walaupun ketika objek itu tidak bergerak. Ciri ini diterangkan oleh Stéphane Bejanin yang merupakan seorang pakar dalam bidang biofizik serta kimia, yang juga merupakan salah seorang pengasas Surfactis Technologies.

Oleh itu, produk ini juga sesuai bagi banyak aplikasi yang lain seperti cermin kereta, gogggle motocross, cermin mata dan sebagainya.

Surfactis juga berkata bahawa setiap rawatan Visiodry secara semburan boleh bertahan sehingga dua bulan sebelum perlu dirawat semula. Setiap botol 35ml yang berharga USD 24 (MYR 110) dan boleh bertahan sehingga setahun. Jika anda bertanyakan pendapat kami, kami rasa ia sungguh berbaloi kerana keselamatan kita lebih penting.

Belum ada pengimpot dan pengedar untuk produk ini di Malaysia ketika ini, jadi adakah sesiapa yang berminat untuk menjualnya di sini?

Bagaimana pula dengan visor yang berkabus di sebelah dalam? Sudah ada produk untuk tujuan ini iaitu Pinlock.

Sumber: Surfactis Technologies

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.