☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 25 Ogos 2023

Alpinestars Malaysia & Nolan Malaysia Di KLBS'23

Bersempena dengan penganjuran Kuala Lumpur Bike Show 2023, Alpinestars Malaysia dan Nolan Malaysia hadir memberi sokongan dengan menampilkan barisan topi keledar Nolan dan X-Lite terbaru yang ditawarkan pada harga menarik.

Para pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri model-model topi keledar Nolan seperti Nolan N21 Mini Jet, Nolan N60-6 (full face), Nolan N70-2X System (offroad), Nolan X-803 RS dan banyak lagi. Rasai sendiri kualiti Nolan – produk keselamatan yang dibuat sepenuhnya di Itali.

Penggunaan bahan berkualiti tinggi seperti Lexan Polycarbonate yang memiliki daya tahan terhadap hentakan kuat. Kebanyakan topi keledar Nolan kini juga turut dilengkapkan dengan visor dalaman boleh laras yang mampu melindungi pemakai daripada sinaran UV.

Bergaya dengar Alpinestars! Turut menanti para pengunjung KLBS’23 ialah pelbagai produk menarik daripada Alpinestars seperti jaket ‘hoodie’, topi, pouchbag, kasut menunggang dan baju-t yang cukup cantik.

Produk penyegar topi keledar dan pakaian menunggang iaitu INX turut menawarkan harga istimewa yang hanya boleh anda dapati di KLBS’23. INX Riding Gear Refresher dijual pada harga RM35 untuk sebotol tetapi harga diskaun untuk dua botol ialah RM60 sahaja.

Para pengunjung juga boleh segar topi keledar anda menggunakan produk ini secara percuma di booth mereka. Apa tunggu lagi?? Jom meriahkan KLBS’23 dan booth Alpinestars Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.