☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 17 Oktober 2023

Minyak Enjin Motosikal Sintetik Penuh Shell Advance Long Ride Hadir Dengan Pek 1.2 Liter Baru

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Long Ride 10W 40 Premium dengan pek 1.2 liter baharu. Minyak enjin ini ditawarkan pada harga RM68.80.

Shell Advance Long Ride merupakan minyak enjin motosikal 4T sintetik penuh yang dirumus bersama PurePlus Technology. Teknologi ini diasas oleh Shell untuk mendapatkan minyak asas asli sebanyak 99.5% daripada gas asli. Proses ini berlaku untuk memberikan daya tahan lebih tinggi dalam pemanduan jarak jauh sehingga 6,000 kilometer.

Minyak enjin ini juga dirumus oleh teknologi Active Cleansing untuk mengekalkan  enjin lebih bersih. Shell Advance Long Ride kekal lebih lama dalam gred dan pergerakan dalam enjin berfungsi dengan lebih efisien terutama untuk perjalanan yang jauh. Para penunggang bakal menikmati ketenangan dengan pengunaan minyak yang lebih rendah. Selain itu, kebanyakkan motosikal terkini memerlukan minyak enjin sebanyak 1.2 liter untuk prestasi dan perlindungan enjin yang lebih optimum.

"Shell Advance Long Ride bukan sahaja memenuhi keperluan setiap penunggang tetapi menawarkan beberapa manfaat yang lain. Antara manfaat tersebut seperti anda tidak perlu membuat pembelian secara kerap. Ia juga memastikan motosikal mendapat jumlah pelincir yang tepat untuk prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Ini akan memudahkan proses penyelengaraan motosikal lebih mudah serta efisien," kata Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.

Minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Long Ride 10W 40 Premium dalam pek baharu ini telah dilancarkan di sebuah bengkel motosikal di Sentul. Pada hari pelancaran, para pembeli yang membuat pembelian minyak enjin tersebut turut mendapat pemeriksaan minyak secara percuma. Para pelanggan juga berpeluang menyertai pelbagai permainan menarik dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik seperti jaket Ducati dan tiket MotoGP Malaysia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.