☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Februari 2018

Caltex Havoline Rumusan Baru

Berikutan dengan pembangunan pesat serta situasi kesesakan trafik, Chevron Malaysia Limited selaku pengedar Caltex Havoline telah melancarkan pelincir motosikal generasi baru Havoline Super 4T Fully Synthetic 5W-40 dan turut diperkenalkan pada masa yang sama ialah rangkaian minyak enjin lain untuk motosikal dan skuter dengan gred sintetik dan mineral.


Caltex Havoline merupakan pelincir motosikal yang berasaskan teknologi C.O.R.E (Clean, Oxidation, Reduce dan Enhance) yang dibangunkan khusus untuk tunggangan urban dan untuk mempertingkatkan keupayaan prestasi enjin tidak kira jentera baru dan lama. Pelincir yang diformulasi semula ini turut disempurnakan dengan teknologi aditif Zoomtech, disasarkan untuk penjagaan dan hantaran kuasa enjin yang lebih baik.


“Jumlah peratusan jentera motosikal yang didaftarkan ialah sekitar 46% dan apabila berada di jalan raya yang sesak menjadikan enjin jentera ini berada di dalam tekanan. Dengan adanya teknologi C.O.R.E dan Zoomtech, jentera kita sentiasa berada di dalam keadaan terbaik dan sesuai untuk tunggangan bandar,” kata Pengurus Pemarasan Serantau, Asia Pasifik Chevron Lubricants, En. Lennard Kwek.

Pelincir baru ini didatangkan dalam beberapa jenis gred seperti Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40 dan mineral yang dipasarkan pada harga RM67 (sintetik penuh), RM30 (semi sintetik) dan RM24 untuk pelincir dengan gred mineral. Sempena pelancarannya, pihak Chevron Malaysia turut menawarkan promosi dengan pemberian tuala microfibre. Untuk maklumat lanjut, layari www.caltex.com.my. RR

Isu Pada

Februari 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.