Isu Terkini

Februari 2024

Warta Produk / 28 Mac 2018

PIRELLI DIABLO ROSSO CORSA III Baru Untuk Jentera 'Underbone'

Pengeluar tayar berprestasi tinggi, Pirelli telah melancarkan produk, terbaru daripada siri DIABLO™ iaitu Pirelli DIABLO™ ROSSO CORSA II pada 17 dan 18 Februari lalu bertempat di sebuah pusat peranginan di Gunung Guelis, Bogor, Indonesia. Berbekalkan pengalaman dan kejayaan sebagai Pembekal Tayar Rasmi untuk FIM Superbike World Championship sejak 15 tahun yang lalu, tayar terbaru ini dicipta dengan penuh kebijaksaan untuk aktiviti perlumbaan dan juga kegunaan harian jentera underbone.

Sejak 2002, siri DIABLO™ telah pun dikenali oleh para pencinta motosikal sebagai tayar yang berprestasi tinggi untuk kegunaan jalanan, di litar dan dibuktikan dengan penjualan melebihi 5 juta unit. Kehadiran DIABLO™ ROSSO CORSA II kini bakal meneruskan warisan hebat dengan menawarkan prestasi mantap dunia superbike untuk dinikmati oleh para penunggang dan pelumba jentera underbone yang sememangnya popular di Asia.

DIABLO™ ROSSO CORSA II disempurnakan dengan profil terbaru, struktur, material dan sebatian yang direka khas untuk tujuan perlumbaan dan juga di jalanan biasa. Tayar premium ini dicipta berasaskan tayar Super Corsa II (SCII) yang digunakan oleh Pirelli dalam Kejuaraan Sedunia FIM Supersport. Tayar ini diperkemaskan dengan penggunaan bahan Carbon Black untuk cengkaman yang optimum, polimer Styrene Butadiene Rubber (SBR) yang memastikan tayar ini cepat panas dan ajen gabungan kimia Cross Link membantu prestasi tayar ini untuk terus konsisten sepanjang perjalanan.

Bunga tayarnya juga direka sama seperti yang digunakan pada jentera sportbike. Untuk prestasi tertinggi ketika pemacuan di litar kering, bahagian bahu tayar Pirelli ini adalah daripada jenis Slick – memang melekat habis! Dengan ciri-ciri ini, pergerakan dan sifatnya ketika masuk/keluar selekoh mudah untuk kita jangka dan kawal seterusnya memberi keputusan yang cemerlang. Buat ketika ini, DIABLO™ ROSSO CORSA II didatangkan dalam satu saiz sahaja iaitu 90/80-17 M/C.

Pembangunan DIABLO™ ROSSO CORSA II

Seperti mana penghasilan tayar-tayar Pirelli jentera berkuasa tinggi, strategi dan teknologi yang sama telah dilakukan untuk produk baru ini. Ia bermula dengan ujian kemampuan tayar di Itali melibatkan 35 orang kakitangan yang merangkumi Ujian Perilaku lebih daripada 7,000 kali dalam jangka masa setahun dengan jarak melebihi 1,000,000 kilometer. Selepas itu, ujian telah berpindah ke Indonesia untuk mencari keserasian dan keputusan yang lebih tepat dengan melakukan ujian bersama di pelbagai kondisi dan keadaan jalan.

Menurut Pengurus Pemasaran APAC, Flavia Maffeis, DIABLO™ ROSSO CORSA II ini menepati permintaan dan kehendak para pengguna motosikal yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Bagi para pelumba profesional, sudah tentu prestasi perlumbaan yang dimiliki oleh tayar ini ditagih dan diingini.

Bagi pelumba amatur atau penunggang jalanan biasa yang pantas dan sporty, prestasi yang konsisten dan berpanjangan DIABLO™ ROSSO CORSA II adalah ciri ciri yang ditunggu-tunggu dan untuk para penunggang harian, cengkaman yang mantap, selesa dan jangka hayat yang tinggi semestinya menjadi pilihan utama.

Tunggang Uji:

Peluang menguji kemampuan dan prestasi tayar ini muncul pada hari kedua. Sesi tunggangan uji ini diadakan di Sentul International Karting Circuit yang dibina pada tahun 2006.

Panjang litar ini 3.9 kilometer dan mempunyai 14 buah selekoh yang teknikal dengan tiga laluan lurus dan berukuran kira-kira 170 meter, 150 meter dan 125 meter. Para wakil media pada hari itu datangnya dari negara negara Asian seperti Malaysia, Singapura, Taiwan, Filipina, Laos, Vietnam dan sudah tentu dari Indonesia. Selain para wartawan, terdapat juga wakil-wakil pasukan perlumbaan dari Filipina dan Indonesia yang datang untuk melihat kemampuan Pirelli ini.

Bagi para wartawan, jentera-jentera yang dilengkapkan dengan DIABLO™ ROSSO CORSA II ialah Yamaha Jupiter MX King 150 (Y 15ZR di Malaysia), Suzuki Satria F150 (Belang 150R di Malaysia) dan Honda Supra GTR150. Untuk kegunaan para pelumba jemputan, beberapa mesin perlumbaan turut disediakan.

Sesi ujian dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan dua sesi setiap satu. Apa yang lebih mengujakan ialah hujan turun dengan agak lebat pada pagi tersebut. Walaupun tidak lama, ia sudah cukup untuk membasahkan keseluruhan litar tersebut dan sudah tentu kami ingin benar melihat kemampuan tayar ini di dalam keadaan litar yang licin.

Bagi para wartawan dari luar Indonesia, kami dinasihatkan oleh para petugas Pirelli untuk mencari keserasian dan menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan litar. Polimer Solution SBR terbukti membantu tayar ini cepat panas seterusnya memberi cengkaman yang cukup meyakinkan, kami cepat menyesuaikan diri dan mula memasuki selekoh demi selekoh dengan pantas, tanpa sebarang kerisauan.

Ketangkasan tayar ini di laluan berselekoh memang cukup memberi ketagihan. Walaupun di atas litar yang masih basah, Y15ZR yang dilengkapi dengan Pirelli ini dapat bertukar arah dengan pantas. Inilah hasil daripada profail terbaru yang mempunyai lebih kawasan sentuhan tayar memastikan cengkaman pada permukaan jalan berada di tahap tertinggi dalam semua keadaan.

Dari kiri: En. Hong Wei, Moto Division, Pirelli Asia Pte Ltd dan Ms Angel Lee, Pengurus Bahagian Pembelian, SEA Auto Parts Sdn Bhd.
Dari kiri: En. Hong Wei, Moto Division, Pirelli Asia Pte Ltd dan Ms Angel Lee, Pengurus Bahagian Pembelian, SEA Auto Parts Sdn Bhd.

Semakin lama, kami semakin yakin untuk membrek lebih keras, menurunkan gear lebih cepat dan 'menyerang' setiap selekoh di litar ini kerana Pirelli benar-benar memberi keyakinan penuh sehinggakan tempat pemijak menyentuh jalan setiap kali berada di selekoh. Di sinilah kelebihan jentera perlumbaan sangat ketara berbanding jentera biasa. Tempat pemijaknya lebih tinggi dan membolehkan miringan dapat dibuat dengan lebih dalam.

Sesi pertama tamat selepas lapan lap dan jujurnya, prestasi Pirelli DIABLO™ ROSSO CORSA II di dalam hujan dan licin cukup mengejutkan – memang hebat! Sememangnya para petugas Pirelli yang cukup yakin dan bersemangat ketika memberi taklimat mengenai produk ini telah dibuktikan dengan jayanya.

“Jika di permukaan licin ia mengagumkan anda, tunggu nanti apabila sesi kedua memandangkan matahari sudah mula bersinar mengeringkan litar. Anda akan rasakan DIABLO™ ROSSO CORSA II lebih mencengkam, lebih tangkas dan mudah untuk dijangka setiap pergerakannya,” kata Vincenzo Bonaccorsi dari Jabatan Ujian.

Teruja dengan kemampuannya di permukaan basah, sudah pasti kami semua tidak sabar-sabar lagi untuk merasakan 'kejutan' seterusnya yang dimiliki oleh tayar ini. Ternyata nasib menyebelahi Pirelli apabila langit bertukar cerah menjelang tengahari. Kebanyakan kawasan litar sudah kering dan sudah pasti DIABLO™ ROSSO CORSA II ingin benar membuktikan kehebatannya. Jika dalam basah pun tayar ini memberikan kita senyuman, apatah lagi apabila membawanya di permukaan yang kering dan pantas. DIABLO™

ROSSO CORSA II ini adalah 'senjata' hebat di dalam perlumbaan dan pada masa yang sama menyumbang kepada keselesaan serta keyakinan buat para penunggang motosikal biasa. Semua yang mengujinya memberi respon yang sangat positif dengan kemampuan DIABLO™ ROSSO CORSA II menggigit permukaan jalan dengan cemerlang tidak kira basah atau kering. Selepas melihat dan merasakan kemampuan DIABLO™ ROSSO CORSA II ini, memang terbukti apa yang dikatakan oleh Pirelli iaitu..... The New Benchmark For Racing Underbone.

Tiga pelumba Indonesia yang turut hadir menguji  kemantapan tayar baru DIABLO  TM  ROSSO CORSA II. Dari  kiri: Aldy Satya, Reynaldi Pradana dan Herman Bass.II
Tiga pelumba Indonesia yang turut hadir menguji kemantapan tayar baru DIABLO TM ROSSO CORSA II. Dari kiri: Aldy Satya, Reynaldi Pradana dan Herman Bass.II

Harga jualan tayar ini masih belum ditentukan dan menurut pihak South East Asia Auto Parts Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Pirelli di Malaysia, DIABLO™ ROSSO CORSA II pasti akan berada di pasaran negara kelak. Sama-sama kita nantikan kehadirannya. RR

Oleh : Khairil Azuan

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Artikel berkaitan

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Kamera Aksi Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace Dilancarkan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dalam kategori MSBK1000 A mendapatkan kemenangan kedua di pusingan satu MSBK 2024.

Dari Litar

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Saingan kali ini lebih 'syiok' apabila Pecco diberi tentangan sengit oleh Marc Marquez yang dilihat sudah semakin memahami karaktor jenteranya.

Warta Roda

HLYM Perkenalkan Warna Baru Yamaha NVX 2024

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan empat warna terbaru untuk Yamaha NVX 155.

Warta Roda

MBP Moto Ambil Alih Jenama Motosikal Lagenda, Morbidelli

MBP Moto telah mengumukan pengambilalihan jenama motosikal lagenda dari Pasero, Itali iaitu Morbidelli.