☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 17 Mei 2025

PETRONAS Sprinta Lancar Minyak 2T Edisi Khas RXZ Members

Dengan kolaborasi di antara PETRONAS Sprinta bersama RXZ Members Official sejak 2017 lagi, tahun ini hubungan antara kedua-dua pihak ini bukan sekadar kerjasama tetapi untuk membentuk satu simbiosis di mana budaya jalanan disokong terus oleh jenama minyak pelincir yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Untuk tahun ini RXZ Members edisi ketujuh bakal berlangsung pada 22hb dan 23hb Ogos 2025 di tempat yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu litar Gong Badak, Terengganu. Pada tahun lepas, perhimpunan RXZ Members telah menerima lebih 80,000 orang pengunjung dan tahun ini dikatakan angka tersebut naik mendadak. Dengan kehadiran yang begitu ramai, perhimpunan ini dianggap himpunan motosikal kedua terbesar selepas MotoGP Sepang.

Acara yang akan dijalankan pada bulan Ogos itu bakal menampilkan hadiah cabutan bertuah utama sebuah toyota Alphard (unregister). Selain itu terdapat juga pentas hiburan, jualan barangan eksklusif serta pertandingan Dyno Battle untuk menguji kemantapan enjin 2T dengan syarat, peserta hanya boleh menggunakan minyak PETRONAS Sprinta 2T.

Pada sesi sidang media yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, PTRONAS Sprinta Lubricant juga turut memperkenalkan minyak enjin 2-lejang PETRONAS Sprinta Edisi Khas RXZ Members yang menampilkan formula baharu. Minyak ini dikatakan 10 kali ganda lebih wangi daripada versi yang sebelum ini.

Minyak 2T PETRONAS Sprinta RXZ Members bukan sahaja memberikan prestasi enjin yang unggul tetapi menawarkan identiti baru kepada penunggang dengan bau yang eksklusif. Minyak 2T Petronas Sprinta Edisi Khas ini hadir dalam dua varian iaitu model sedia ada T500 dan varian yang baru adalah T900. Angka 7.0 yang diletakkan di belakang botol menandakan kerjasama yang berjaya Perhimpunan RXZ Members tahun lepas bersama PETRONAS Sprinta. RR 

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.