☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 17 Disember 2025

Ipone Lancar Rangkaian Minyak Enjin Dinaik Taraf

Specialty Lubricants Trading Sdn Bhd selaku wakil rasmi Ipone di Malaysia memperkenalkan rangkaian minyak enjin motosikal yang telah dinaik taraf dengan formulasi dan pembungkusan baharu.

Majlis pelancaran itu turut menyaksikan kejayaan ipone memperolehi pensijilan SIRIM bagi memastikan standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk penunggang di Malaysia.

Jenama pelincir dari Perancis di bawah Kumpulan Motul itu memperkenalkan formulasi baharu untuk pasaran Malaysia termasuklah penggunaan minyak asas premium PAO dan ester 100% - minyak asas Kumpulan 4 dan Kumpulan 5 berkualiti tinggi, iaitu gred tertinggi dalam pasaran dunia masa kini.

Dengan menggabungkan estar dan minyak asas premium menjadikan minyak pelincir Ipone menawarkan pelindungan enjin secara menyeluruh dan prestasi lebih stabil yang sesuai untuk kegunaan harian.

Minyak enjin motosikal Ipone baharu ini menampilkan empat jenis yang masing-masing hadir dengan identiti visual berinspirasikan budaya Jepun, menggunakan konsep tali pinggang judo bagi membezakan tahap prestasi setiap varian.

  • Shogun - Menawarkan perlindungan dan prestasi maksimum bagi tunggangan di litar serta penggunaan berprestasi tinggi di jalan raya.
  • Samourai & Katana - Minyak enjin sintetik penuh untuk memberikan prestasi premium dan responsif, disertai ketahanan serta perlindungan optimum untuk tunggangan harian yang bertenaga
  • R4000 & 10.4 - Minyak separa sintetik yang menawarkan keseimbangan di antara perlindungan dan prestasi, sesuai untuk kegunaan harian.
  • M4 - Merupakan minyak enjin mineral mampu milik yang direka untuk motosikal disamping mengekalkan kualiti ipone. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.