☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 April 2017

Pelincir Motosikal MaxxOil Diperkenalkan

Bagi pengguna kereta, jenama MaxxOil bukanlah nama baru kerana sudah pun berada di pasaran negara sejak 2014. Melalui usaha kuat beberapa tahun ini, MaxxOil telah menampakkan hasil yang cukup positif dengan penerimaan anugerah SME100 – Top 100 Fast Moving Company in 2016.

Menerusi kaji selidik yang dijalankan, mereka mendapati permintaan terhadap pelincir motosikal menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa dan untuk itu, MaxxOil dengan rasminya telah melancarkan pelincir khusus untuk motosikal pada pertengahan Mac lalu. Pelincir terbaru MaxxOil ini akan diedarkan oleh Shriro Malaysia, pengedar produk terbesar di Malaysia.

Pelincir MaxxOil 4Lejang mengandungi campuran proprietari minyak asas premium dan bahan tambahan untuk mencapai prestasi tertinggi bagi sesebuah mesin itu. Dengan adanya formula penstabil haba, ia membantu pengekalan kelikatan pelincir dan melindungi enjin sesebuah motosikal itu ketika putaran RPM dan suhu yang tinggi. Produk ini menjanjikan proses hantaran kuasa maksimum, penukaran gear yang lancar dan perlindungan terbaik bagi klac jenis basah.

Dengan kerjasama di antara MaxxOil dan Shriro Malaysia, para penunggang motosikal di Malaysia kini bakal menikmati produk pelincir yang berkualiti tinggi dan melindungi enjin dalam semua keadaan.

Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah pasukan terbaru MaxxOil yang beraksi dalam perlumbaan Pirelli Malaysia Superbike Championship dalam kelas Supersport dan Open 250. Team Maxxoil Racing diwakili oleh Steven (Supersports) dan Hirzi atau Nox dalam kategori Open 250. Dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh kedua-dua pelumba serta minyak enjin yang berkualiti tinggi, MaxxOil yakin pasukan ini akan memberikan keputusan yang cukup hebat pada musim ini. RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).