Isu Terkini

Februari 2024

Warta Produk / 2 Ogos 2017

Pirelli Angel Scooter & Diablo Rosso Scooter Untuk Tunggangan Lebih Menyeronokkan

Penggunaan jentera skuter jelas semakin meningkat dari masa ke semasa. Di Malaysia khususnya, jumlah peningkatan ini boleh dinilai dengan melihat betapa banyaknya jentera-jentera automatik ini dijual dan yang berada di jalan raya. Antara faktor utama jentera automatik ini diminati ialah kerana pengendaliannya yang mudah, tidak perlu menggunakan sistem gear, ringan, selesa dan ruang simpanan bawah pelana yang luas.

Untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis penunggang dan pengalaman, para pengeluar motosikal terus memerah tenaga dan kebijaksaan untuk melahirkan skuter dalam pelbagai saiz enjin daripada 100cc hinggalah model skuter maksi 850cc. Antara model-model skuter maksi yang popular di pasaran dunia ialah Yamaha T-Max 530, BMW C650 Sport & GT, Kawasaki J300, Honda NSS300, Suzuki Burgman 650, Kymco Xciting 400, SYM Maxsym 400i, Aprilia SRV dan lain-lain model.

Berbicara mengenai jentera skuter, kelincahan dan ketepatan tindak balas pendikit sentiasa ditagihkan dan untuk berada kemas 'melekat' di atas permukaan jalan, sesebuah mesin itu perlu disempurnakan dengan penggunaan tayar-tayar yang berkualiti tinggi. Tayar berkualiti tinggi? Ya... Pirelli antara jawapannya. Jenama dari Itali ini mula mengeluarkan tayar-tayar skuter sejak pada tahun 1950an lagi khususnya untuk model Piaggio Vespa. Antara model-model tayar yang dikeluarkan ketika itu ialah Scolpito 393 dan Rigato 120.

Dari kiri: En. E.H. Chung, En. K.W. Leong, En. Alberico Avogadro, En. On Seng Gee, En. Andrea Majocchi dan En. Benny See di majlis pelancaran tayar-tayar terbaru Pirelli di Taiwan.
Dari kiri: En. E.H. Chung, En. K.W. Leong, En. Alberico Avogadro, En. On Seng Gee, En. Andrea Majocchi dan En. Benny See di majlis pelancaran tayar-tayar terbaru Pirelli di Taiwan.

Pada tahun 1981, Pirelli mengeluarkan pula SC30 Superscooter dan 1984 SC28. Menjelang era 1990an, dua lagi model telah diperkenalkan iaitu SL26 dan SL38™ UNICO. Pada tahun 2005, Pirelli memperkenalkan model seterusnya iaitu Diablo™ Scooter yang telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan

Tahun demi tahun berlalu, akhirnya Pirelli kali ini telah memperkenalkan dua model terbaru iaitu Pirelli Diablo Rosso Scooter dan Pirelli Angel Scooter. Pelancaran kedua-dua produk terbaru ini telah disempurnakan di salah sebuah bandaraya terpesat Taiwan iaitu Taichung pada 9hb hingga 11hb Jun lalu. Terima kasih buat Pirelli dan SEA Asia Auto Parts Sdn Bhd atas kesudian menjemput RR untuk menguji dan menikmati kemantapan tayar-tayar baru ini.

Menurut pihak Pirelli, Taiwan merupakan destinasi yang paling sesuai untuk melancarkan produk ini kerana dianggarkan kira-kira 90% penunggang motosikal di negara ini menggunakan skuter berbanding jentera lain. Berikutan itu, kedua-dua produk terbaru Pirelli iaitu Diablo Rosso Scooter dan Angel Scooter sememangnya dicipta untuk pelbagai jenis tunggangan seperti kegunaan harian, pengembaraan dan sport.

Seperti Angel GT dan Angel CT yang telah membuktikan keupayaan masing-masing dengan daya cengkaman dan mantap di pelbagai jenis permukaan jalan. “Kami mahukan produk-produk Pirelli ini mendapat permintaan dan kepercayaan oleh semua golongan pengguna motosikal tidak kira oleh mereka yang menunggang jentera berkuasa tinggi mahu pun rendah. Pirelli sentiasa bersedia untuk melengkapkan setiap motosikal dengan tayar-tayar yang berkualiti tinggi agar perjalanan lebih selamat dan menyeronokkan,” kata Pengarah Komersial Pirelli Business Unit Moto Asia Pacific, En. Alberico Avogadro.

En. Paolo Spagnuolo, Pengurus Produk Business Unit Moto menegaskan bahawa satu pasukan yang cukup berdedikasi telah mengeluarkan idea-idea yang cukup bernas dalam penghasilan tayar-tayar ini. Angel Scooter menawarkan ciri-ciri hebat untuk para pemiliknya seperti Keselesaan, Pengendalian Mantap dan Cengkaman di permukaan basah yang meyakinkan. Untuk ini, cengkaman tayar-tayar model Angel Scooter dipermantapkan dengan adanya lubang-lubang kecil (dampening dots) yang menambah kawasan jejak dengan lebih efektif serta mengemaskan struktur tayar dan kadar fleksibiliti bunga tayar ketika berada di jalan-jalan pelbagai jenis.

Untuk 'melekat' dengan kemas di permukaan jalan atau ketika membrek keras di atas kawasan berair, Angel Scooter ini menggunakan sebatian silika tinggi yang mempercepatkan kadar pemanasan agar pergerakan di awal pagi atau di kawasan sejuk lebih selamat dan meyakinkan. Bunga dan jalur juga direka semula dengan Transversal Grooves dihasilkan bertujuan untuk mempertingkatkan cengkaman ketika proses membrek manakala Longitudinal Grooves pula membantu tunggangan lebih fleksibel serta laluan air dengan lebih efisien.

Angel Scooter juga mempunyai profil pelbagai radius. Radius bahagian tengah dibuat untuk pengendalian dan kawalan skuter berbanding jentera lain. Berikutan itu, kedua-dua produk terbaru Pirelli iaitu Diablo Rosso Scooter dan Angel Scooter sememangnya dicipta untuk pelbagai jenis tunggangan seperti kegunaan harian, pengembaraan dan sport.

PIRELLI ANGEL SCOOTER

Seperti Angel GT dan Angel CT yang telah membuktikan keupayaan masing-masing dengan daya cengkaman dan mantap di pelbagai jenis permukaan jalan. “Kami mahukan produk-produk Pirelli ini mendapat permintaan dan kepercayaan oleh semua golongan pengguna motosikal tidak kira oleh mereka yang menunggang jentera berkuasa tinggi mahu pun rendah. Pirelli sentiasa bersedia untuk melengkapkan setiap motosikal dengan tayar-tayar yang berkualiti tinggi agar perjalanan lebih selamat dan menyeronokkan,” kata Pengarah Komersial Pirelli Business Unit Moto Asia Pacific, En. Alberico Avogadro.

En. Paolo Spagnuolo, Pengurus Produk Business Unit Moto menegaskan bahawa satu pasukan yang cukup berdedikasi telah mengeluarkan idea-idea yang cukup bernas dalam penghasilan tayar-tayar ini. Angel Scooter menawarkan ciri-ciri hebat untuk para pemiliknya seperti Keselesaan, Pengendalian Mantap dan Cengkaman di permukaan basah yang meyakinkan. Untuk ini, cengkaman tayar-tayar model Angel Scooter dipermantapkan dengan adanya lubang-lubang kecil (dampening dots) yang menambah kawasan jejak dengan lebih efektif serta mengemaskan struktur tayar dan kadar fleksibiliti bunga tayar ketika berada di jalan-jalan pelbagai jenis.

Untuk 'melekat' dengan kemas di permukaan jalan atau ketika membrek keras di atas kawasan berair, Angel Scooter ini menggunakan sebatian silika tinggi yang mempercepatkan kadar pemanasan agar pergerakan di awal pagi atau di kawasan sejuk lebih selamat dan meyakinkan. Bunga dan jalur juga direka semula dengan Transversal Grooves dihasilkan bertujuan untuk mempertingkatkan cengkaman ketika proses membrek manakala Longitudinal Grooves pula membantu tunggangan lebih fleksibel serta laluan air dengan lebih efisien.

Angel Scooter juga mempunyai profil pelbagai radius. Radius bahagian tengah dibuat untuk pengendalian dan kawalan yang tepat dan mudah di kawasan urban manakala radius di kedua-dua bahagian sisi bertujuan untuk memberikan kestabilan dan sokongan terbaik sewaktu membuat miringan di kawasan-kawasan berselekoh.

PIRELLI DIABLO ROSSO SCOOTER

Model ini juga dihasilkan dengan tiga ciri-ciri utama iaitu Pengendalian Sporty, Cengkaman Terbaik dan Prestasi Konsisten yang diwarisi daripada model Diablo Rossi III yang terbukti cukup berprestasi tinggi. Model ini juga direka dengan profil pelbagai radius dengan permukaan sentuhan di bahagian tengah kini lebih besar untuk kestabilan ketika membuat pecutan. Profil sisi juga diperhebat untuk membolehkan jentera-jentera yang dilengkapi dengan Diablo Rosso Scooter dapat membuat miringan dengan tepat dan membantu jentera lebih lincah sewaktu menukar arah.

The Flash, itulah gelaran yang diletakkan pada jalur-jalur bunga model baru ini dan benar... rekaan jalur ini juga dibuat berasaskan model Diablo Rosso III. Untuk tayar belakang, Pirelli telah menyempurnakan tayar belakang dengan penggunaan sebatian silika tinggi Bi-Compound yang cepat panas dan menstabilkan jentera kita dalam kelajuan tinggi. Rekabentuk bunga tayar ini memastikan air dapat dialirkan dengan lebih cepat manakala sebatian silika baru pula memberi lebih cengkaman di jalan basah.

Untuk membuktikan kemampuan sebenar Angel Scooter dan Diablo Rosso Scooter, sesi tunggang uji telah diadakan di Litar Lihpao, Taichung yang disertai oleh wakil-wakil media dan pengedar Pirelli dari Malaysia, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Korea, Filipina dan Australia. Jarak Litar Lihpao adalah sejauh 1.4 kilometer yang mempunyai selekoh-selekoh yang agak mencabar. Turut disediakan ialah kawasan yang dibasahkan khusus untuk ujian membrek. Pelbagai jentera automatik telah disediakan oleh pihak Pirelli seperti Suzuki Burgman 650, BMW C650 Sport, Yamaha Tmax 530. Kawasaki J300, Honda NSS300, Kymco Downtown 350i, Yamaha X-Max 300, Vespa 300i.e, Yamaha Cygnus-X 125 dan PGO Alpha Max.

Selepas dibahagikan kepada dua kumpulan, wakil RR diminta untuk mengikuti sesi ujian membrek di kawasan yang berair terlebih dahulu dengan menunggang sebuah Honda NSS300 yang dilengkapkan dengan tayar Angel Scooter bersaiz 120/70-14 (hadapan) dan 140/70-13 (belakang). Di laluan lurus, kami diminta untuk memecut dalam beberapa kelajuan berbeza pada jarak sekitar 40-50 meter sebelum membrek dengan keras apabila berada di garisan yang telah disediakan. Walaupun agak risau untuk menarik tuas brek dengan keras di permukaan basah, segala perasaan itu lenyap apabila Angel Scooter ini mula memberi tindak balas yang cukup mantap. Hebat!

Dari 40km/j, kelajuan ditingkatkan kepada 45km/j sehinggalah mencecah 60km/j dan kemampuan produk ini menggigit permukaan jalan begitu memukau. Jalur-jalur (Longitudinal Grooves) yang direka pada tayar ini mengalirkan air dengan cukup efisien agar sentuhan di antara bahagian jejak tayar dan permukaan jalan lebih sempurna. Sebatian silika yang dihasilkan cukup seimbang turut meningkatkan keupayaan tahap cengkaman produk ini. Suatu ketika dulu, Angel GT dan Angel CT telah mengagumkan kami dan kini....Angel Scooter juga tidak terkecuali!

Selepas hampir 30 minit kami menguji kemampuan Angel Scooter di laluan basah berulang kali, kami kemudiannya menukar jentera untuk menikmati kemampuan produk seterusnya, Diablo Rosso Scooter di atas litar. Bagi para pencinta motosikal, tiada yang lebih menyeronokkan apabila teknologi dan kejuruteraan tayar Sport terkenal iaitu Diablo Rosso III dapat diperturunkan untuk jentera-jentera skuter.

Kami memilih untuk menunggang uji Diablo Rosso Scooter pada jentera Yamaha X-Max 300 yang menggunakan tayar bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang). Ternyata karaktor X-Max yang cukup agresif dan sporty ini amat sesuai sekali dengan Diablo Rosso Scooter. Dengan kuasa maksimum 20.6kW pada 7,250rpm dan tork 29.0Nm pada 5,750rpm, X-Max dengan mudah memecut dari kelajuan sifar kepada 90/100km/j kurang daripada 7 saat. Untuk masuk ke selekoh kedua, X-Max ini dibrek dengan keras dan dimiringkan agak dalam untuk mendapatkan posisi tepat agar dapat memasuki selekoh yang seterusnya dengan selamat. Diablo Rosso Scooter mencengkam dengan cemerlang sekali membolehkan jentera berada di sudut miringan dengan stabil dan meyakinkan.

Selekoh tiga cukup tajam. Kita perlu menurunkan kelajuan dengan drastik tetapi ia bukanlah satu masalah buat Diablo Rosso Scooter untuk terus mempamerkan kemampuannya mengarahkan jentera yang ditunggangi ini ke laluan seterusnya dengan bergaya sekali. Ketika 'mengangkat' X-Max ini untuk mengubah arah, terasa benar Diablo Rosso Scooter ini mengigit permukaan dengan baik sekali – kemas dan sempurna!

Seperti yang dimaklumkan oleh Pengurus Jenama Global Business Unit Moto, En. Andrea Majocchi, Diablo Rosso Scooter dihasilkan buat mereka yang menyukai gaya tunggangan sporty dan juga untuk para pemilik skuter berprestasi tinggi dan skuter maksi. Tidak kira saiz enjin, pastinya perjalanan lebih seronok ditempuhi dengan Diablo Rosso Scooter.

Ketika menunggang Kymco DownTown 300i (120/80-14: depan, 150/70-13: belakang), kami membrek dengan lambat sambil membuat miringan lebih dalam sehingga bahagian bawah skuter ini menyentuh litar. Walaupun begitu, jentera seberat 189kg (berat basah) ini terus tegap di laluannya – terima kasih buat profil sisi Diablo Rosso Scooter yang direka khas untuk cengkaman yang lebih mantap.

Sebatian baru silika ini (dual-compound) pada tayar belakang bukan saja meningkatkan cengkaman tetapi juga menambah jangka hayat tayar ini. Terbukti! Prestasi Diablo Rosso Scooter terus kekal cemerlang walaupun ketika sesi ujian sudah hampir ke penghujungnya dan selepas berpuluh-puluh lap meratah selekoh di litar ini. Prestasi cengkaman yang cukup konsisten ini pastinya menjadi kekuatan utama Diablo Rosso Scooter ini.

Dalam tiga sesi yang telah dijadualkan, RR telah berjaya menguji kemampuan Diablo Rosso Scooter yang dilengkapkan pada Yamaha X-Max 300, Kymco DownTown 350i, Honda NSS300 dan Vespa 300i.e yang menggunakan tayar bersaiz 120/70 R12 (depan) dan 130/70 R12 (belakang). Kami juga telah melakukan lebih daripada 15 kali ujian di jalanan basah menggunakan jentera-jentera skuter pelbagai jenis dan spesifikasi dengan keputusan yang amat mengagumkan. Ternyata sebatian silica dan kebijaksaan para jurutera yang menghasilkan Angel Scooter ini membolehkannya berhenti dengan kemas dalam keadaan jalan yang ekstrim ini.

Teruja dengan kemampuannya di permukaan basah, Angel Scooter dibawa pula ke atas litar dan sekali lagi kami dikejutkan dengan prestasi yang mengagumkan. Semua yang mengujinya memberi respon yang sangat positif dengan kemampuan Angel Scooter menggigit permukaan jalan dengan cemerlang. Benar seperti apa yang tertera pada risalah dan kad promo Pirelli yang menegaskan bahawa...

“The new Angel Scooter is for those who use their scooters all years round, sometimes also with a passenger, predominantly for short distances. These riders need durability, comfort, braking in all condition and balanced behaviour.”

Betul tu... Angel Scooter untuk semua jenis tunggangan.

Secara keseluruhannya, Diablo Rosso Scooter sememangnya sudah dapat diramal akan mampu memberikan cengkaman yang cukup cemerlang untuk mereka yang sukakan tunggangan agresif dan sporty. Paling seronok tentulah apabila keupayaan tayar ini membolehkan kita menukar laluan dengan pantas dan selamat.

Jujurnya, Angel Scooter paling mengagumkan! Ia mampu menggigit dengan kemas tidak kira sama ada di permukaan yang basah atau kering. Dengan kadar jangka hayat yang tinggi, Pirelli yakin tayar ini akan 'diburu' oleh para penunggang skuter yang mahukan sebuah produk berkualiti tinggi dan yang berbaloi untuk dibeli.

Menurut Pengarah Urusan South East Asia Autoparts Sdn Bhd, En. On Seng Gee, tayar-tayar Angel Scooter dan Diablo Rosso Scooter telah pun berada di pasaran negara dengan saiz-saiz yang kini sudah hampir lengkap. Saiz-saiz tayar kedua-dua model ini akan dibawa masuk ke pasaran negara secara berperingkat-peringkat.

Untuk mendapatkan info dengan lebih jelas, sila hubungi South East Asia Autoparts Sdn Bhd di talian 03-62503411 (hunting) atau email: enquiry@seaap.com.my. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Artikel berkaitan

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Kamera Aksi Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace Dilancarkan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Ducati telah melancarkan edisi istimewa jentera jalanan ikoniknya iaitu Monster, direka khas untuk memberi penghormatan kepada salah seorang juara Formula 1 yang paling terkenal. iaitu Ayrton Senna.

Model Baru

KTM Lancar 4 Model Duke Baru...Harga Bermula RM22,500...

KTM Malaysia baru-baru ini telah melancarkan bukan satu..bukan dua...tetapi empat model terbaru yang terdiri daripada siri Duke iaitu 250 Duke, 390 Duke, 990 dan 1390 Super Duke R.

Dari Litar

WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK menyediakan jentera sebaiknya buat Toprak dan Michael Van Der Mark untuk sebarang senario di sini.

Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan Skuter Baru, Avenis & Burgman Street EX

Suzuki Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan dua model terbaru mereka iaitu Avenis dan Burgman Street EX.