Isu Terkini

Februari 2024

Warta Roda / 26 Disember 2020

Suzuki 100th Anniversary 1920-2020

Sejarah Suzuki bermula pada tahun 1909 iaitu ketika Michio Suzuki mengasaskan Suzuki Loom Works yang merupakan pelopor sebelum lahirnya pula Suzuki Loom Manufacturing yang ditubuhkan pada 15 Mac 1920. Syarikat ini asalnya beroperasi di Hamamatsu tetapi kini telah berpindah ke Shizouoka, Jepun. Sejak dari saat itu, Suzuki berkembang dengan pesat sekali dari alat tenun hinggalah ke dunia automobil seperti kereta, motosikal, ATV dan lain-lain yang dihasilkan serba baru mengikut permintaan dan peredaran zaman.

Selepas bertukar kepada Suzuki Motor Co., Ltd. dalam tahun 1954, syarikat gergasi ini telah memperkenalkan kenderaan mini pertama mereka iaitu Suzulight dan pada masa yang sama sedang membangunkan beberapa lagi model yang ditumpukan kepada permintaan dan kesukaan para pelanggan. Namanya ditukar lagi pada tahun 1990 kepada Suzuki Motor Corporation dan ketika ini, status perniagaan mereka telah pun maju dan berkembang ke seluruh dunia.

GSX1300R HAYABUSA
GSX1300R HAYABUSA
KATANA
KATANA

Perjalanan untuk mencapai umur 100 tahun bukanlah suatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi sejak ia diasaskan. Hanya ada satu penyelesaian sahaja untuk berdepan dengan situasi itu iaitu dengan penyatuan seluruh warga kerja Suzuki demi kejayaan syarikat ini.

Pada tahun 1960, kilang pemasangan automobil siap dibina sepenuhnya dan setahun kemudian Suzuki berjaya mengeksport motosikal pertamanya ke Taiwan dengan menggunakan sistem knock-down. Dalam tahun yang sama, Suzuki berjaya melancarkan kilang pembuatan trak mini yang terletak di Toyokawa, Aichi dan memulakan pengeluaran untuk Suzulight, sebuah trak mini bersesaran 360cc, dua lejang.

GSX-R1000R
GSX-R1000R
V-STROM 1050XT
V-STROM 1050XT

Tiada saat yang membanggakan apabila nama Suzuki berada di podium atas sekali selepas muncul juara di perlumbaan Isle of Man pada tahun 1963 dalam kelas 50cc. Pada tahun 1967, Suzuki bersetuju untuk membuka kilangnya di Thailand, kilang pertama di luar Jepun. Indonesia adalah pilihan yang tepat memandangkan jumlah populasi dan penggunaan motosikal di sana memang banyak. Kilang Suzuki pertama dibuka di Indonesia ialah pada tahun 1970.

Syarikat ini juga sedar akan keperluan masyarakat mengenai tahap kesihatan dengan memperkenalkan alat peralatan perubatan (kerusi roda) yang diberi nama Motor Chair Z600.

Hari silih berganti dan Suzuki ternyata semakin membesar serta dikenali ramai dengan jutaan peminat dan pelanggan di seluruh dunia. Cinta yang mendalam kakitangan syarikat ini untuk terus memberikan produk serta perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan mereka telah mendorong mereka untuk sentiasa bekerja keras dan komited dalam tugas masing-masing.

Dalam tahun 2016, Suzuki berada di tangga ke-11 pengeluar automobil dunia dengan 45,000 orang kakitangan, 35 kelengkapan pengeluaran di 23 buah negara dan 133 buah pengedar di 192 buah negara. Untuk pasaran automobil dunia, Suzuki berada di tangga keenam manakala di negaranya, mereka berada di tangga ketiga.

Dalam dunia dua roda, Suzuki telah memperkenalkan kita dengan pelbagai model cukup hebat dalam pelbagai segmen seperti skuter, cruiser, moped, street, sport touring, off road, motorcross, dual-purpose, superbike dan sudah tentulah jentera terulung, MotoGP. Antara model yang melonjakkan nama Suzuki tidak lain dan tidak bukan iaitu Hayabusa.

Ia adalah sebuah jentera sport yang diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1999 dan serta merta dinobatkan sebagai motosikal terpantas dengan kelajuan ketika itu melebihi 320km/j. Selain daripada soal kepantasannya, Hayabusa juga terkenal sebagai sebuah jentera berprestasi lengkap termasuklah gaya tunggangannya yang mudah, selesa untuk perjalanan jauh/dekat, tahan lasak, selamat dan jimat petrol.

Tidak lupa juga pada model Katana yang dinamakan bersempena dengan rekaan pedang mempunyai bilah melengkung dan memiliki pemegang hulu pedang panjang yang digunakan oleh Samurai dalam era Edo (1603 hingga 1868). Model Katana ini diperkenalkan pada tahun 1981 dan serta merta mendapat perhatian ramai di seluruh dunia dan mampu mengubah trend rekabentuk jentera jalanan hingga ke hari ini. Pelbagai versi telah menambat hati jutaan pencinta motosikal di seluruh dunia, antaranya ialah GSX750S diperkenalkan pada tahun 1984. Katana ini adalah model paling rare dan paling unik pernah terdapat di dunia. Model tersebut adalah satu-satunya motosikal yang memiliki lampu hadapan moden jenis flip-up atau pop-up yang terus menjadi sinonim dengan model Katana.

Tidak sah jika Suzuki tidak dikaitkan dengan dunia perlumbaan. Jenama ini sentiasa menggerunkan para pencabarnya dan ini dibuktikan dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapai sejak beraksi dalam perlumbaan. Sekurang-kurang terdapat beberapa pelumba lagenda Suzuki yang wajar kita kenali. Antaranya ialah Barry Sheen, Kevin Schwantz, Marco Lucchinelli, Franco Uncini, Kenny Roberts Jr dan terkini ialah Alex Rins.

Dari kiri: Joan Mir & Alex Rins, Pasukan Suzuki Ecstar dalam perlumbaan MotoGP.
Dari kiri: Joan Mir & Alex Rins, Pasukan Suzuki Ecstar dalam perlumbaan MotoGP.

Suzuki turut terkenal di negara kita. Lihat sahaja kepelbagaian model dari jenama ini berada di jalanan saban hari. Kelab-kelab pemilik jentera Suzuki sering mengadakan konvoi, kerja amal dan perjumpaan sesama pemilik jentera Suzuki. Suzuki sememangnya memiliki ramai peminat dan diharap agar jenama ini terus bersinar di pasaran Malaysia. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Warta Roda

    Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

  • Warta Roda

    CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Artikel berkaitan

Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Keselamatan Diendah: Sekumpulan Individu 'Berkelah', Masak & Makan Di Stesen Minyak

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Lima individu cedera termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Dari Litar

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dalam kategori MSBK1000 A mendapatkan kemenangan kedua di pusingan satu MSBK 2024.

Warta Roda

Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

Hong Leong Yamaha Motor menampilkan warna terbaru untuk model Y15ZR iaitu Cyan, Biru & Kelabi.

Dari Litar

Pusingan Pertama Penuh Cabaran Buat Danish & Danial

Secara keseluruhannya, prestasi yang ditunjukkan oleh para pelumba negara dalam saingan pembukan tirai FIM JuniorGP World Championship 2024 cukup membanggakan.