☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2021

Pengembaraan Honda Adventure Roads 2021 Ditunda

Honda Motor Europe telah membuat keputusan menunda pengembaraan Honda Adventure Roads edisi 2021. Penganjuran sebelum ini telah membawa para peserta menikmati perjalanan di seluruh Norway (2017) dan di Afrika Selatan pada tahun 2019

Edisi ketiga Honda Adventure Roads pada awalnya dirancang untuk diadakan pada Jun 2021. Pengembaraan ini melibatkan seramai 30 peserta yang bakal memacu Honda CRF1100L Africa Twin di kawasan gunung berapi unik yang terletak di Iceland.

Namun, dengan ketidakpastian status dan sekatan perjalanan antarabangsa, keputusan sekarang telah dibuat untuk menangguhkan acara tersebut hingga 2022, dengan tarikh sementara iaitu dari 24 Jun hingga 4 Julai 2022. Semua peserta berhak mendapat bayaran balik penuh, atau untuk terus kekal sebagai peserta 2022 dengan pembayaran deposit.

Keputusan awal ini diambil untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mengubah semula jadual 2021 mereka, dan Honda Motor Europe sangat berterima kasih kepada semua peserta yang memahami situasi sukar ini.

Masalah ini juga sedang dihadapi oleh rider-rider di Malaysia. Dengan sekatan dan status pelaksanaan PKP, kita juga masih belum lagi dapat mengembara atau bermotosikal seperti yang dilakukan sebelum ini. Harap bersabar ye....RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).