☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Disember 2021

“Kempen Servis Prihatin MODENAS” Buat Mangsa Banjir

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengadakan "Kempen Servis Prihatin MODENAS" buat para pemilik motosikal Modenas yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini di negeri Selangor dan Pahang. Dengan kempen ini, syarikat bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pemilik untuk membaiki motosikal mereka agar dapat berfungsi seperti biasa.

Kempen ini telahpun bermula sehingga hujung tahun iaitu 31hb Disember 2021. Pemilik boleh menghantar motosikal mereka di pusat Servis MODENAS yang terpilih seperti di bawah:

PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)
Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor.
Waktu operasi: 9.00am - 5.00pm
Nombor telefon: 04-4668160

PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)
Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8, Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang.
Waktu operasi: 9.00am - 5.00pm
Nombor telefon: 09-5123380 / 04-4668199

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Modenas di bawah “Kempen Servis Prihatin”:

  • Caj upah kerja percuma untuk baik pulih (tanpa "Overhaul")
  • Pemeriksaan jentera secara percuma
  • Pembersihan motosikal percuma
  • Diskaun alat ganti sehingga 25%
  • Diskaun alat ganti skuter sehingga 15%
  • Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk baik pembaikan yeng melibatkan "Overhaul"

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi mana-mana Pusat Servis MODENAS yang sah atau hubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 ataupun WhatsApp di 019-570 8135. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).