☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 April 2022

Honda Raih Anugerah Red Dot Menerusi NT1100, ADV350 & 2 Lagi Produk Pengeluaran Lain

Honda telah mencipta sejarah apabila meraih anugerah di Red Dot Awards (Product Design Award) untuk semua produk pengeluaran mereka yang merangkumi Motosikal, Automobil dan Tenaga. Model-model yang telah diiktiraf menerusi penganugerahan itu adalah NT1100, ADV350. HR-V e:HEV dan unit generator EU32i.

Jentera pengembaraan Honda NT1100 dilancarkan pada Oktober 2021 yang menawarkan rekabentuk cukup anggun. Model ini diminati ramai kerana memiliki hantara kuasa yang mantap, ketangkasan di semua jenis perjalanan dan paling penting, ia menyeronokan. NT1100 dicipta di pusat R&D Honda Itali di Rome oleh Maurizio Carbonara yang juga 'individu' penting dalam penghasilkan CRF1100L dan X-ADV.

NT1100
NT1100
NT1100
NT1100

Satu lagi model yang menerima anugerah tersebut ialah sebuah skuter adventure, ADV350 yang hadir dengan rekabentuk lasak – sesuai ditunggang di laluan biasa mahupun lasak. Honda ADV350 didatangkan dengan enjin 330cc, 4 lejang, enhanced Smart Power (eSP), SOHC yang berkuasa 21.5kW pada 7,500rpm dan tork 31.5Nm pada 5,250rpm. Enjin dengan homologasi Euro5 ini juga dilengkapkan dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) dua tahap.

ADV350
ADV350

Apabila mereka bentuk dan membangunkan HRV e:HEV generasi terkini, Jurutera Honda membayangkan semula rekaan SUV kompak dari setiap sudut. Bahagian Penyelidikan Honda mendapati bahawa sikap pengguna moden kini bukan sahaja memilih produk berdasarkan prestasi atau rekabentuknya semata-mata, tetapi juga dari segi bagaimana ia berintegrasi dengan kehidupan seluruhnya.

Akibatnya, generasi baru HRV mempunyai bentuk tubuh badan CoupeSUV kontemporari dengan rekabentuk premium. Kedua-dua bahagian dalaman dan luaran melambangkan konsep baru Honda yang ringkas dan moden. Ini berjaya memperluaskan reputasi Honda untuk kualiti, kefungsian dan tahap praktikalitinya.

Honda HRV & Generator EU32i
Honda HRV & Generator EU32i

Unit generator EU32i baru ini menawarkan kuasa cukup tinggi untuk kepuasan pengguna. Pakej rekaan unit penjanaan elektrik ini menggunakan suntikan bahan api berkuasa 3,200 watt yang sebelum ini hanya terdapat pada kereta dan enjin sangkut-marin. Ia juga dilengkapi dengan sistem penyambungi telefon pintar 'Bluetooth' yang membolehkan pengguna memantau status penjana dan mengawalnya dari jauh. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.