☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2015

Konvoi Ke Perhimpunan Vespa & Volkswagen Classic

Kalau dah minat, ke mana pun sanggup pergi. Itulah yang sering kita dengar daripada bibir-bibir para penunggang motosikal yang sukakan pengembaraan, ekspedisi dan berkonvoi. Berikutan dengan acara perhimpunan Vespa dan Volkswagen Classic yang diadakan di Kota Bharu, beberapa orang pemilik Vespa dan Volkswagen telah menganjurkan konvoi istimewa ke Kelantan yang melibatkan empat buah Volkswagen dan beberapa buah Vespa.

Konvoi yang bermula pada 30 Ogos lalu diketuai oleh Mohd Rizani Yunus yang juga dikenali dengan panggilan Gun Vespa. Dari Alor Setar, konvoi dengan tenang menuju ke Pendang. Perjalanan ternyata cukup seronok kerana setiap penunggang memberikan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi disiplin dan pemanduan berhemah. Apabila tiba di Tasik Banding, pemandangan indah dan segar menghilangkan segala penat lelah.

Kumpulan jentera Volkswagen terlebih dahulu tiba di puncak Banjaran Titiwangsa dan mendapati salah satu daripada Vespa telah rosak. Oleh kerana pemiliknya menolak motosikalnya ke lokasi yang sukar dilihat, rakan-rakan yang memandu kereta terlepas pandang. Ini merupakan peringatan kepada mereka yang suka berkonvoi iaitu jangan sesekali meletakkan motosikal ke tempat tersorok. Kalau menunggang berdua, pastikan salah satu motor diletakkan di tepi jalan mudah rakan-rakan lain melihat.

Disebabkan kesilapan ini, dua buah Vespa yang telah pun sampai di banjaran terpaksa berpatah balik sejauh 45 kilometer untuk membaik pulih. Akhirnya Vespa itu tidak dapat dibaiki dan terpaksa diangkut menggunakan bantuan van. Selepas mengharungi ratusan kilometer, konvoi akhirnya sampai di tapak acara Vespa & Volkswagen Classic di perkarangan stadium Kota Bharu. Acara tidak tamat di situ kerana di sebelah malamnya telah diadakan acara Ambang Kemerdekaan. Tepat jam 12.00 malam, perkarangan stadium amat meriah dengan pertunjukan bunga api.

Keesokan harinya semakin ramai pengunjung menghadiri perhimpunan ini. Paling mengujakan apabila hadirnya beberapa orang penunggang Vespa wanita antaranya ialah Nor Fatihatul Huda bt Baharuddin bersama Vespa Classicnya dan pemilik Vespa Super iaitu Nik NorShahda. Lebih kurang 150 buah Vespa dari Kelantan datang memeriahkan acara pada hari itu. Program ini juga mendapat sokongan daripada para pencinta Vespa dari luar negara seperti Thailand dan Singapura. Oleh kerana sempadan Kelantan berdekatan dengan Thailand, kita dapat melihat jentera dari Bangkok, Krabi, Surathani, Hatyai, Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani.

Bagi En. Rashid, minatnya pada jentera Volkswagen menyebabkan dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai acara yang diadakan di Malaysia dan di Thailand. Dia dah keluarganya sanggup berkonvoi bersama-sama dengan empat buah Volkswagen dari Seberang Jaya ke Kelantan. Dah minat macam itulah. RR

- nz york

Isu Pada

Oktober 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.