☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Ogos 2022

Yamaha Quality Service (YQS)

Apakah itu YQS? Yamaha Quality Service (YQS) atau Perkhidmatan Kualiti Yamaha ialah pusat servis rasmi Yamaha Malaysia yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan lepasan jualan dan penyelenggaraan yang berkualiti kepada semua pemilik motosikal. YQS memberi tumpuan kepada 3 bidang utama yang terdiri daripada People, Part dan Digitalization.

Mengapa YQS penting untuk pelanggan Yamaha?

Memandangkan keperluan untuk memiliki motosikal yang semakin berkembang, perkhidmatan selepas jualan juga telah menjadi perkara penting dalam keputusan untuk seseorang itu membuat pembelian.

Oleh itu, adalah satu kelebihan buat para pemilik jentera Yamaha apabila wujudnya Pusat Perkhidmatan/Servis rasmi yang menyediakan perkhidmatan berkualiti, alat ganti tulen serta akses yang mudah untuk para pelanggan dalam jangka masa panjang.

Rangkaian YQS

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) menyasarkan untuk melancarkan lebih 150 cawangan YQS bermula awal tahun 2023, dan berusaha untuk mewujudkan lebih daripada 200 cawangan dalam jangka masa panjang.

Faedah Menyelenggara & Servis Motosikal di YQS

YQS memberi tumpuan kepada 3 bidang utama yang terdiri daripada People, Part dan Digitalization

People: Mekanik Bertauliah

Para pemilik yang menghantar motosikal masing-masing untuk diservis tidak perlu bimbang khususnya tentang pengetahuan para mekanik. Ini kerana setiap mekanik di Pusat Servis YQS telah menjalani latihan perkhidmatan agar memiliki skil dan kepakaran yang seragam.

Setiap satu Pusat Servis sekurang-kurangnya akan mempunyai satu mekanik bertaraf Silver Standard termasuk beberapa mekanik bertaraf Bronze Standard. Setiap Ketua Mekanik dikehendaki melengkapkan latihan mereka di Yamaha Certified Akademi (YTA).

Part: Pusat YQS menawarkan hanya Alat Ganti Tulen Yamaha dan Kit Peralatan yang lengkap.

Pusat servis YQS hanya menawarkan produk berkualiti untuk penjagaan motosikal anda seperti mana yang kita tahu bahawa Alat Ganti Tulen Yamaha (YGP) ditawarkan untuk prestasi optimum. Alat ganti ini diuji mengikut spesifikasi dan pengawalan kilang Yamaha sendiri. Setiap alat ganti akan disertakan dengan Waranti Kilang Yamaha.

The Yamaha Diagnostic Tools (YDT) juga digunakan untuk mengenal pasti sebarang isu/masalah pada setiap motosikal dengan tepat dan menjanjikan penjimatan masa. Kesemua YQS turut memiliki kit peralatan standard yang membolehkan penyelenggaraan sempurna untuk setiap motosikal.

Digitalization: YQS Pendigitalan

Situasi era pandemik telah membentuk trend semasa iaitu pendigitalan telah menjadi asas untuk setiap perniagaan. Oleh itu, rangkaian YQS HLYM akan dilengkapi dengan pelbagai E-Solutions dengan objektif utama memudahkan para pelanggan.

  1. Tempahan E-Perkhidmatan menyediakan kemudahan pencarian mengenai butiran dan rekod penyelenggaraan yang boleh diakses oleh semua YQS di seluruh negara.
  2. HLYM juga bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha untuk memberikan perkhidmatan E-Waranti yang mempercepatkan keseluruhan proses tuntutan waranti yang dilakukan melalui kaedah pendigitalan.
  3. Dengan peningkatan permintaan untuk pelincir tulen di pasaran, HLYM kini memiliki kod pengesahan QR pada setiap botol Yamalube yang berada di pasaran. Pelanggan boleh mengesahkan ketulenan pelincir melalui pengimbasan kod QR ini.

Pada masa hadapan, program E-Loyalty akan diperkenalkan oleh HLYM khusus untuk menghargai para pelanggan. Beberapa tawaran termasuk seperti Penebusan Dalam Talian bagi barangan eksklusif dan juga Kupon Perkhidmatan Percuma.

Kesimpulan:

Melalui falsafah Mudah, Keselesaan dan Kemudahan, pusat YQS menawarkan servis penyelenggaraan yang lengkap buat para pelanggan di ruang menunggu yang selesa. YQS juga diwujudkan menerusi falsafah 1C5S terbaru di mana para pelanggan diletakkan secara eksklusif di dalam semua pusat aktiviti HLYM.

Ciri-ciri 5S terdiri daripada Sales, Service, Spare Part, Safety dan Society. Menerusi cabang Safety & Society, ia dijalankan melalui kempen khas seperti Yamaha Road Safety Warrior Program dan Yamaha Safety Riding Science.

Sebagai tambahan, ada Sambutan Tahunan Yamaha Day yang dijalankan di 161 YQS berpusat di seluruh negara pada 1- 2 Julai 2022. Sepanjang dua hari tersebut, diadakan jualan kombo istimewa YGP pada harga tetap dan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pelanggan. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).