☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Januari 2023

BSH Tampilkan Tiga Warna Dengan Corak Grafik Baru Honda RS-X 2023

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda RS-X ke dalam pasaran Malaysia pada tahun 2021. Sejak itu, model ini berjaya menambat para pencinta dua roda di tanah air dengan menampilkan rekabentuk yang sporty, berprestasi unggul dan memiliki ciri-ciri terkini. 

Sebagai model 2023, BSH telah mengumumkan tiga warna dengan rekacorak grafik baru untuk Honda RS-X. Model ini tersedia dalam dua pilihan rekacorak grafik baru untuk warna Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea yang ditawarkan pada harga bilik pameran disyorkan RM9,698. Manakala untuk edisi Trico boleh didapati pada harga RM9,748.

Bahagian sisi badan Lemon Ice Yellow disempurnakan dengan garis bewarna jingga dengan gabungan tulisan Hitam yang tebal beserta logo berlatar belakangkan Putih, memastikan grafik RS-X tampak lebih terserlah. Manakala untuk Candy Caribbean Blue Sea pula hadir dengan gabungan warna Kelabu dan Hitam pada  bahagian sisi badan agar kelihatan lebih jelas dan moden.

Untuk edisi Trico tampak lebih menarik dengan berbekalkan warna DNA CBR. Terdapat tiga campuran warna ikonik iaitu Merah, Biru dan Putih. Manakala rim hadapan dan belakang disaluti dengan warna keemasan. Keseluruhan warna baharu ini menampilkan RS-X lain dari yang lain.

Honda RS-X 2023 boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula 4 Januari 2023. Kesemua harga yang duumukan adalah tanoa cukai jalan, insuran dan pendaftara. Para pemilik jentera ini juga akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.